EPISOD 11: SUMPAHAN PETAKA ALAM
MS 121
PANEL 1
AWI DICHU PUN MELOMPAT DARI GAJAHNYA. SETELAH KAKINYA MENJEJAK TANAH, TANGANNYA SUDAH SIAP MELIBASKAN SUNDANG KE ARAH MUSUH-MUSUHNYA
PANEL 2
RAMAI DI ANTARA PENGIKUT PANGLIMA HITAM DIBARISAN HADAPAN TURUT REBAH DAN KECUNDANG DI TANGAN AWI DICHU. PASUKAN AWI DICHU PUN SEMAKIN MARA MEREMPUH BARISAN MUSUH.
PANEL 3
PADA MASA YANG SAMA UDAI PRAPACHONG SEDANG BERUSAHA MEMBERI TENTANGAN DARI DALAM.
PANEL 4
PANGLIMA HITAM DENGAN KERIS PANJANG DITANGANNYA TURUT BERBUAT SESUATU. AMUKANNYA DILAKUKAN KE KANAN DAN KE KIRI. SATU DEMI SATU PENGIKUT AWI DICHU REBAH KE TANAH.
PANEL 5
KINI TINGGAL DUA ORANG PANGLIMA DI TENGAH-TENGAH GELANGGANG. IBARAT GAJAH SAMA GAJAH BERJUANG, YANG MATI PELANDUK JUA.
PANEL 6
GAJAH AWI DICHU - SI LELA PUN KELIHATAN KEPENATAN. TENTERA-TENTERANYA PUN TERAMAT PENAT.
MS 126
INTISARI/NARATIF
PANEL 1
RAMAI PENGIKUT KEDUA-DUA PIHAK TELAH GUGUR. AWI DICHU MERASA AGAK KECEWA. PENGIKUT-PENGIKUTNYA SUDAH BERPUTUSA ASA MENINGGALKAN KAMPUNG HALAMAN BERBULAN-BULAN. TANAH SERENDAH BUNGA MASIH BELUM DAPAT DITEWASKAN.
PANEL 2
PADA MASA YANG SAMA, PERUTUSAN DARI RAJA LIGOR TIBA MEMINTA AWI DICHU BERUNDUR SAHAJA DAHULU.
PANEL 3
AWI DICHU DIMINTA PERGI KE SANGGORA UNTUK MEMBANTUNYA MENGATUR STRATEGI MENYEKAT KEMARAAN TENTERA BURMA.
PANEL 4
PANGLIMA SIAM ITU TIADA PILIHAN MENGAMBIL LANGKAH MEMBUAT TAWARAN PERDAMAIAN DENGAN PANGLIMA HITAM.
PANEL 5
AWI DICHU PUN MEMBUAT TAWARAN GENCATAN SENJATA KEPADA PANGLIMA HITAM.
PANEL 6
MEREKA BERSETUJU AKHIRNYA KERANA DALAM PEPERANGAN TERSEBUT TIADA YANG ALAH DAN TIADA YANG MENANG. IBARAT PEPATAH MENANG JADI ARANG YANG KALAH JADI ARANG
MS 122
PANEL 1
PERKASA DAN ALAM BERJAYA MEMBERKAS UDAI PRAPACHONG LALU DIHADAPKAN KEPADA PANGLIMA HITAM.
PANEL 2
MUSUH DALAM SELIMUT ITU KEMUDIANNYA AKAN DIBAWA BALIK KE KOLAM ANTAM UNTUK DIJATUHI HUKUMAN OLEH RAJA.
PANEL 3
PANGLIMA HITAM MEMERINTAHKAN SAKI BAKI PENGIKUTNYA MENGKEBUMIKAN JENAZAH TENTERANYA YANG MATI.
PANEL 4
SETELAH MENYEMPURNAKAN PENGEBUMIAN PERAJURIT-PERAJURIT YANG TERKORBAN, PANGLIM HITAM PUN MENGARAHKAN ORANG-ORANGNYA KEMBALI KE KOLAM ANTAM.
PANEL 5
PASUKAN PANGLIMA HITAM TERPISAH DENGAN ORANG-ORANG PERKASA DAN ALAM DI SITU.
PANEL 6
LANGKUIK YANG BERTENTANGAN DENGAN SEMERLUKI DI LAUTAN MASIH LAGI BELUM MENYEDARI GENCATAN SENJATA AWI DICHU.
PANEL 7
PENGIKUT–PENGIKUT SEMERLUKI TELAH MABUK DARAH SETELAH RAMAI PENGIKUT LANGKUIK DITEBAS DAN DILIBAS MEREKA.
MS 123
PANEL 1
PUAS BERTEMPUR DILAUTAN, KINI MEREKA MENGEJAR LANGKUIK KE PULAU PULA. PERTEMPURAN BERTAMBAH SENGIT DI ATAS PASIR YANG MEMUTIH DAN BERLATARBELAKANGKAN LAUT NAN MEMBIRU.
PANEL 2
LANGKUIK MENGGUNAKAN HIKMATNYA UNTUK MEMATAHKAN SERANGAN PENGIKUT SEMERLUKI.
PANEL 3
HIKMATNYA ITU DIMANUPULASI DENGAN SEBAIK-BAIKNYA. PANAH-PANAH YANG DILEPASKAN DARI BUSAR PENGIKUT-PENGIKUT SEMERLUKI SEDIKIT PUN MENINGGALKAN KESAN.
PANEL 4
DUA TIGA ORANG PENGIKUT SEMERLUKI SEBALIKNYA YANG REBAH DAN KECUNDANG DITANGAN LANGKUIK.
PANEL 5
SEMERLUKI PULA NAIK BERANG LALU MELOMPAT DIHADAPAN LANGKUIK. MAKA BERLAKULAH PERTEMPURAN TANPA SENJATA.
PANEL 6
MASING-MASING MENGELUARKAN JURUS DAN HIKMAT YANG MEREKA ADA.
PANEL 7
LANGKUIK DENGAN CAKAR HELANG BISANYA CUBA MEMATAHKAN SERANGAN SEMERLUKI.
MS 124
PANEL 1
MANAKALA PENGIKUT-PENGKIT KEDUA BELAH PIHAK KAGUM MELIHAT KEDUA-DUA JAGUHAN ITU BERSENGKETA.
PANEL 2
TIDAK PERNAH MEREKA MELIHAT AKAN ADEGAN PERTARUNGAN YANG BEGITU HEBAT.
PANEL 3
SEMERLUKI DENGAN AKSI HARIMAU MENANGKIS SERANGAN CAKAR HELANG BISA DARI LANGKUIK.
PANEL 4
GERAK GERI SERANGAN DAN MEMATAHKAN SERANGAN ANATARA KEDUA-DUANYA BEGITU MENGASYIKKAN.
PANEL 5
LANGKUIK MEMBUAT SERANGAN-SERANGAN PANTAS. MANAKALA SEMERLUKI PULA MENAHAN DAN SERANGAN BALAS JUGA DIBUAT.
PANEL 6
TAMPAK TANDA-TANDA TIDAK MENUNJUKKAN KEKALAHAN ANTARA MEREKA BERDUA.
PANEL 7
JURUS DEMI JURUS DIPERTUNJUKAN. SAMA-SAMA HEBAT BAGAIKAN BUKU BERTEMU RUAS.
MS 125
VISUAL: PETAKA ALAM DENGAN BANGGANYA KETAWA BERDEKAH-DEKAH. DIA MENDABIK DADA DIALAH JAGUH KEKUATAN YANG SEBENARNYA DI SELURUH WILAYAH KELAUTAN TIMUR.
SERANGAN HENDAP AWI DICHU
PANEL 1
PANGLIMA HITAM MERASA LEGA DENGAN TERTAWANNYA UDAI PRAPACHONG.
PANEL 2
ANAK-ANAK BUAHNYA KELIHATAN SUDAH LETIH. MEREKA BEREHAT SEKETIKA DI SEBUAH BUKIT YANG BERNAMA BUKIT JONG.
PANEL 3
KETIKA BERISTEREHAT, TIDAK SEMENA-MENA BERLAKU SERANGAN HENDAP DARI MUSUHNYA YANG DISANGKANYA SUDAH BERUNDUR KE SANGGORA.
PANEL 4
RUPA-RUPA TAKTIK SERANGAN HENDAP INI SENGAJA DIRANCANG SETELAH PANGLIMA HITAM MENERIMA TAWARAN GENCATAN SENJATA.
PANEL 5
AWI DICU TELAH MENGGUNAKAN HELAH TERSEBUT UNTUK MELAKUKAN SERANGAN SEBAIK SAHAJA PANGLIMA HITAM DAN ORANG-ORANGNYA DALAM KELETIHAN.
PANEL 6
DENGAN DALAM KEADAAN TIDAK BERSEDIA, PANGLIMA HITAM TELAH MENGALAMI KEKALAHAN TERUK.
PANEL 7
RAMAI PENGIKUTNYA TELAH KECUNDANG. PANGLIMA HITAM SENDIRI MENDAPAT LUKA PARAH.
MS 134
INTISARI
PANEL 1
UDAI PRAPACONG SANGAT GEMBIRA DISELAMATKAN OLEH C’YA NUN PRAKK.
PANEL 2
PANGLIMA HITAM DENGAN DUA ORANG PENGIKUTNYA TERUS DI BURU OLEH CYA NUN PRAKK SEHINGGA KE SATU PANTAI BERPASIR PUTIH.
PANEL 3
AKHIRNYA CYA NUN PRAKK GAGAL MENEMUI PANGLIMA HITAM. YANG TINGGAL HANYA BEKAS TAPAK KAKINYA YANG MENGHALA KE SUATU TEMPAT YANG BERPASIR JERLUS.
PANEL 4
CYA NUN PRAKK MEMPERCAYAI PANGLIMA HITAM TELAH GHAIB DITELAN PASIR JERLUS BERSAMA 2 ORANG PENGIKUTNYA.
PANEL 5
SETELAH BERPENAT LELAH MENJEJAKI PANGLIMA ITU, CYA NUN PRAKK DAN UDAI PRAPACHONG PUN MENGATUR LANGKAH UNTUK KEMBALI KE LIGOR.
PANEL 6
DIPERTENGAHAN JALAN MEREKA DIHALANG OLEH SATU KELIBAT LEMBAGA YANG BESAR LAGI SASA. LEMBAGA ITU MEMBELAKANGI MEREKA, SAMBIL MEMEGANG TONGKAT YANG BERUKURAN 2 METER. DI HUJUNGNYA TERDAPAT BILAH PISAU CABUK PERAGUT NYAWA.
PANEL 7
SIAPAKAH LELAKI YANG BERKEADAAN MISTERI ITU? CYA NUN PRAKK DAN UDAI PRAPACONG MENGATUR LANGKAH SAMBIL MENGHAMPIRI LELAKI ITU.
MS 135
PANEL 1
CYA NUN PRAKK DAN UDAI PRAPACONG PUN KEMUDIAN BERLUTUT SAMBIL MEMOHON KEMAAFAN KEPADA LELAKI ITU.
PANEL 2
LELAKI ITU KEMUDIANNYA BERPALING KE ARAH MEREKA LALU MENGELUARKAN KATA-KATA BERBENTUK PENGHINAAN.
“SIA-SIA SAHAJA KAMU BERDUA MENJADI MURID AKU. PERKERJAAN YANG SENANG KAMU PERSIA-SIAKAN.”
PANEL 3
“MAAFKAN KAMI TOK GURU, MEMANG KAMI AKUI KELEMAHAN. KAMI TIDAK MAMPU MELAKUKAN ARAHAN TO GURU.” CYA NUN PRAKK
“HUKUMLAH KAMI, KAMI SANGGUP MATI DITANGAN TOK GURU, NESCAYA KAMI AKAN BERPUASHATI DAN AKAN MATI DENGAN AMAN.” UDAI PRAPACHONG
PANEL 4
“BANGUNLAH KEDUA KAMU, ILMU YANG KAMU PELAJARI BELUM CUKUP AMPUH!” LELAKI ITU BERKATA.
PANEL 5
“APA YANG TOK GURU MAHU KAMI LAKUKAN LAGI, KAMI SANGGUP MENYEMPURNAKAN KALI INI.”
PANEL 6
“BAIKLAH KALAU BEGITU, AKU MAHU KAU BERDUA PULANG KE SERENDAH BUNGA.”
PANEL 7
“KALI INI KAMU BERDUA MESTI MELAKUKAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN. JANGAN SAMPAI TIDAK KESAMPAIAN.”
MS 136
PANEL 1
PERKASA DAN MEGAT ALAM TELAH TIBA DI PASIR JERLUS UNTUK MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA PANGLIMA HITAM TEPAT PADA WAKTUNYA SEBELUM KETIBAAN CYA NUN PRAKK DAN UDAI PRAPACONG.
PANEL 2
DENGAN HELAH KEDUA PENDEKAR MUDA ITU, CYA NUN PRAKK DAN UDAI PRAPACONG BERJAYA DITIPU MEREKA.
PANEL 3
PANGLIMA HITAM YANG LUKA PARAH ITU DIRAWAT. IANYA KELIHATAN KEHABISAN TENAGA.
PANEL 4
MEREKA BEREHAT DAN BERMALAM DI DALAM SEBUAH GUA BERDEKATAN DENGAN ANAK SUNGAI.
PANEL 5
PERKASA DAN ALAM BERGILIR-GILIR MENGAWASI GUA YANG MENJADI PERSEMBUNYIAN MEREKA.
PANEL 6
SEKALI SEKALA TERDENGAR BUNYI BINATANG BUAS DI DALAM HUTAN YANG BERDEKATAN.
PANEL 7
BULAN MENGAMBANG DENGAN PENUHNYA. KEADAAN MALAM ITU SUNGGUH TENANG DAN AMAN. CAHAYA BULAN MENERANGI PANTAI ITU DENGAN TERANG SEKALI. IRAMA OMBAK LAUT SALING MELAGUKAN LAGU DAMAI.
MS 137
(HARUS BERHENTI DI SINI DAHULU. AKAN BERSAMBUNG)
[Oayo TL] Imouto no Mune ga Suki c.6-10
3 hours ago