BAB 9: TELUNJUK LURUS KELINGKING BERKAIT
MS 97
PANEL 1
IMBAS KEMBALI
NARATIF:
LANGKUIK TERINGAT AKAN PERISTIWA 20 TAHUN YANG LAMPAU....INGATANNYA MENGIMBAU KETIKA DUA ORANG PENDEKAR SERENDAH KEBUN BUNGA DIUTUSKAN UNTUK MENANGKAP LANGKUIK SI HELANG MERAH.
PANEL 2
SATU-SATUNYA WARISAN MEGAT KEMBAR ALI? GAYA DAN LAGAKNYA SEIRASNYA. LAKSANA SI JENJAN PUTIH, MEGAT TERI ALAM MEMBUKA LANGKAH DAN BERSIAP SEDIA UNTUK MENYERANG.
PANEL 3
NARATIF:
DAN PERKASA PUN MULA BERPADU TENAGA LALU MENYERANGNYA BERTALU-TALU. SEDIKIT PUN TIDAK MEMBERI BEKAS. SI PENJAHAT LALU MEDEPANGKAN KEDUA BELAH TANGANNYA SEPERTI SEEKOR HELANG.
PANEL 4
NARATIF:
DIA MELOMPAT KE UDARA DAN MENERKAM SEMULA UNTUK MEMBUAT SERANGAN BALAS. LAGAKNYA BAGAI SESEKOR HELANG MAHU MENCENGKAM MANGSANYA YANG LEBIH KECIL.
PANEL 5
NARATIF:
MELIHAT AKAN DEMIKIAN, PERKASA PUN TERINGAT AKAN AJARAN GURUNYA PEMANAH HELANG, LALU DITUSUK DENGAN PEDANG KE ARI-ARINYA DARI BAWAH.
PANEL 6
NARATIF: TIKAMAN DAN TUJAHAN HANYA AKAN MEMBERI BEKAS DAN KESAN SEKIRANYA KAKI LAWANNYA ITU TIDAK BERPIJAK PADA TANAH....
MS 98
PANEL 1
NARATIF:
SI PENJAHAT PUN RASA HAIRAN KERANA HANYA SESEORANG PENDEKAR YANG MENGETAHUI GERAK LANGKAH INI.
PANEL 2
NARATIF:
NAMUN TIKAMAN PERKASA SEDIKIT PUN TIDAK MEMBERI BEKAS. LAWANNYA YANG CUKUP BERPENGALAMAN DENGAN TENANGNYA MENGELAK DIRINYA DENGAN MEMBUAT PUSINGAN KE UDARA SECARA BALIK KUANG.
PANEL 3
NARATIF:
KEMUDIAN DIA MEMBUAT SERANGAN BALAS SERENTAK DAN BERTUBI-TUBI SEHINGGA PERKASA TERPAKSA MENGUNDUR KE BELAKANG.
PANEL 4
NARATIF:
PERKASA YANG SUDAH SEDIKIT LUKA DI BAHAGIAN DALAM ITU MENAHAN KESAKITANNYA.
PANEL 5
NARATIF:
DIA MERABA DADANYA. TERASA HANGAT DAN DARAH HITAM YANG BERKEMUNGKINAN MENGADUNGI RACUN ITU TERSEMBUR KELUAR.
PANEL 5
NARATIF:
PERKASA MENGETAHUI DIRINYA TELAH TERKENA RACUN YANG DILEPASKAN OLEH LAWANNYA.
MS 99
PANEL 1
NARATIF:
MEGAT TERI ALAM PUN TURUT MEMUNTAHKAN DARAH BERWARNA HITAM. SEMENTARA ITU SERIKANDI BERSELENDANG UNGU KEMUDIANNYA MEMBUAT
PANEL 2
NARATIF:
SERANGAN DENGAN MENGGUNAKAN SELENDANGNYA DENGAN MEMBUAT PUTARAN KABUT SUTERA UNGU.
PANEL 3
NARATIF:
LAWANNYA TERASA TERCABAR DENGAN SERANGAN YANG DILAKUKAN BERTALU-TALU. DIA TIDAK TERTAHAN LALU TERMUNDUR KE BELAKANG DAN SKETIKA LANGSUNG MELOMPAT KE UDARA LALU MENGHILANGKAN DIRINYA DI CELAH-CELAH POHON-POHON.
PANEL 4
NARATIF:
DI SEBALIK SEMAK SAMUN. KETIKA DIA MENGHILANGKAN DIRINYA ITU, KEDENGARAN SUARA KETAWA BERDEKAH-DEKAH.
PANEL 5
PENJAHAT :HAHAHA...KITA AKAN BERJUMPA LAGI DI LAIN WAKTU. BERSEGERALAH KAMU MENCARI PENAWAR RACUN KU."
NARATIF:
MS 100
PANEL 1
NARATIF:
SERIKANDI BERSELENDANG UNGU PUN MEMBAWA PERKASA DAN MEGAT TERI ALAM KE SUATU TEMPAT BERHAMPIRAN DENGAN SEBUAH TEMPAT BERHAMPIRAN DENGAN AIR TERJUN YANG DIPANGGIL AIR TERJUN TELAGA TUJUH. DI SITU TERDAPAT TUJUH ANAK TANGGA BERTINGKAT-TINGKAT DAN TUJUH TELAGA.
PANEL 2
NARATIF:
SELENDANG UNGU PUN TIDAK BANYAK BERSUARA. DIA HANYA MENYEDIAKAN BEBERAPA HERBA SEBAGAI PENAWAR RACUN UNTUK MEMBUAT SEGALA BISA YANG BERSARANG DI DADA PERKASA DAN MEGAT TERI ALAM.
PANEL 3
NARATIF:
KEDUA-DUA ANAK MUDA ITU DIBERI RAWATAN HERBA DENGAN BACAAN AYAT AL QURAN.
PANEL 4
NARATIF:
SELANG BEBERAPA LAMA, PERKASA DAN ALAM PUN TERTIDUR DALAM KELETIHAN. SELENDANG SUTERA UNGU MEMANDANG KE ARAH WAJAH PERKASA DAN MEGAT TERI ALAM.
PANEL 5
NARATIF:
SELENDANG SUTERA UNGU : SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN PERLINDUNGAN KEPADA DIRI KAMU. AKU TIDAK AKAN MEMBIARKAN SESIAPA PUN MEMBINASAKAN ANAK RAKAN SEGURUKU.
(BERKATA DI DALAM HATI)
PANEL 6
NARATIF:
SERIKANDI SELENDANG SUTERA UNGU PUN LANTAS MENINGGALKAN KEDUA ANAK MUDA DI PERBARINGAN. SEJURUS KEMUDIAN DIA PUN PERGI BERSUCI DIRI DI SALAH SEBUAH AIR TERJUN YANG DINAMAKAN AIR TERJUN TELAGA TUJUH.
MS 101
PANEL 1
NARATIF:
BETAPA INDAHNYA KEJADIAN ALLAH SWT AKAN KEJADIAN ALAM INI. BEGITU INDAH DAN MENGASYIKAN. SEGALA TUMBUHAN DAN ALAM BENDA SEMULA JADI MEMUJI-MUJI DAN BERTASBIH KEPADA ALLAH.
PANEL 2
NARATIF:
PUN BEGITU, WALAUPUN USIANYA SUDAH MEMASUKI 50AN, SERIKANDI SELENDANG SUTERA KELIHATAN MASIH MUDA REMAJA SEAKAN-AKAN GADIS BERUSIA DALAM 20AN.
PANEL 3
NARATIF:
SETELAH MENGAMBIL WUDUK, SERIKANDI SELENDANG SUTERA UNGU PUN KEMBALI KE PENGINAPANNYA YANG DIBINA DI CENURAM BERHAMPIRAN DENGAN AIR TERJUN TELAGA TUJUH.
PANEL 4
NARATIF:
SETELAH MENGERJAKAN SOLAT ASAR, DIA PUN BERDOA KEPADA ILLAHI SEMOGA KEDUA ANAK MUDA INI CEPAT SEMBUH.
PANEL 5
NARATIF:
TIDAK LAMA SELEPAS ITU KEDENGARAN BACAAN AYAT -AYAT SUCI.
PANEL 6
NARATIF:
PADA MASA YANG SAMA DI SERENDAH KEBUN BUNGA, TELAH DIBAWA PERKHABARAN SEHINGGA KE PENGETAHUAN SRI BITARA.
PANEL 7
MAKA KECOHLAH SEEISI MUKIM DAN SEANTERO NEGERI BAHAWA MEGAT TERI ALAM DAN PERKASA DISERANG HENDAP OLEH KUMPULAN LANUN. SERI BITARA PUN TURUT MERASA GUSAR. DUA ORANG HARAPANNYA TELAH KECUNDANG.
MS 102
PANEL 1
DIKHABARKAN ORANG RAMAI PERAJURIT YANG MATI DAN YANG HILANG PUN ADA JUA.
PANEL 2
ANGKATAN MEGAT TERI ALAM DAN PERKASA TIDAK TERTAHAN UNTUK MENANGKIS SERANGAN DARI KUMPULAN YANG DIKATAKAN DIKETUAI OLEH PENJAHAT SEMERLUKI.
PANEL 3
MANAKALA DI SEBUAH TEMPAT PERSEMBUNYIAN DI PULAU AUR BERHAMPIRAN DENGAN JOHOR, SEMERLUKI YANG SEDANG BERSIAP-SIAP UNTUK MEMBUAT PELAYARAN MENUJU KE PANTAI TIMUR.
PANEL 4
SI JENJAN BANGAU PUTIH II KELIHATAN SUDAH DIPERSIAPKAN ORANG.
PANEL 5
BEGITU GUNDAH GULANA DAN REMUK DENDAM HATINYA, DISAMPAIKAN BERITA KEPADANYA.
PANEL 6
PADAM MUKANYA DAN TERNGIANG-NGIANG TELINGANYA. SIAPAKAH GERANGAN PENJAHAT YANG TELAH MENYAMAR SEBAGAI SEMERLUKI YANG MEMBUAT SERANGAN KE ATAS MEGAT TERI ALAM DAN PERKASA ITU?
PANEL 7 DAN PANEL 8
MAKA GUSAR JUGALAH DI HATI SRI BITARA AKAN PERISTIWA ITU. LALU TIDAK SENANG DUDUK, BERDIRI PUN TIDAK BETAH. MAKAN TIDAK LALU DAN TIDUR PUN TIDAK TERLELAP.
MS 103
PANEL 1
SUATU HARI, AWANG KERAK NASI MEMBAWA PERKHABARAN GEMBIRA. PERKHABARAN ITU MESTI MENJADI RAHSIA.
PANEL 2
SELENDANG UNGU MENGIRIMKAN KHABAR SUPAYA TIDAK DIHEBAHKAN, KEDUA PENDEKAR MUDA SEDANG MENJALANI PERUBATAN.
PANEL 3
FAHAMLAH AKAN KEDUDUKAN SEBENAR, PERUBATAN AKAN MENGAMBIL MASA 40 HARI 40 MALAM UNTUK MEMBUANG SEGALA BISA DAN RACUN.
PANEL 4
DALAM PERUBATAN TERSEBUT, KEDUANYA KELIHATAN HAMPIR PULIH. MEREKA KEMUDIANNYA MEMBERSIHKAN DIRI DI AIR TERJUN BERTINGKAT TUJUH.
PANEL 5
PERKASA DAN ALAM DIMINTA MENGAMALKAN PERUBATAN DAN PENCAK SILAT UNTUK MENAMBAH KEKENTALAN JATI DIRI.
PANEL 6
NARATIF:
DALAM TEMPOH TERSEBUT, MAYANG SARI KELIHATAN AMAT SEDIH DAN BERDUKA NESTAPA. DIA MASIH MENYANGKA MEGAT ALAM ITU DAN PERKASA SUDAH TERKORBAN.
Monday, April 23, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment