BAB 10: RUMAH AGAM C’YA NUN PRAKK
MS 109
PANEL 1
DISUATU TEMPAT YANG TIDAK DIKETAHUI ORANG, TERSEMBUNYI SEBUAH RUMAH AGAM DILINGKARI DENGAN AKAR-AKAR POKOK BERDURI.
PANEL 2
NARATIF:
SIAPAKAH PEMILIK RUMAH AGAM ITU?
PANEL 3
NARATIF:
PERPATIH MULUS DAN UDAI PRAPACONG SEDANG BERSUKARIA DENGAN TAWA RIANG.
PANEL 4
NARATIF: KELIHATAN SEORANG LELAKI YANG MISTERI SEDANG BERDIRI DIHADAPAN MEREKA.
PANEL 5
NARATIF: KELIHATAN BEGITU HEBAT DAN SASA TUBUH LELAKI ITU DENGAN LAGAK SEORANG PENDEKAR YANG TIDAK TERKALAH.
PANEL 6
NARATIF: CALANG-CALANG PENDEKAR USAH MERAPATKAN DIRI. IBARAT ULAR YANG BISA MENYUSURI AKAR MENJEJAS TIADA.
MS 110
PERANCANGAN UDAI PRAPACONG
INTISARI/NARATIF
PANEL 1
UDAI PRAPACONG ADALAH SEORANG PENASIHAT YANG SANGAT PANJANG AKALNYA DAN LAGI LICIK. DIA MEMPUNYAI MISINYA SENDIRI YANG SUDAH LAMA DIRANCANG. DIA TELAH MENGUTUS SURAT KEPADA RAJA DIPOK NAN PRAK.
PANEL 2
SERENDAH KEBUN BUNGA AKAN MENJADI WILAYAH NAUNGAN DIPOK NAN PRAKK TIDAK LAMA LAGI SEKIRANYA UDAI PRAPACONG BIJAK MEMAINKAN PERANANNYA.
PANEL 3
OLEH YANG DEMIKIAN UDAI PRAPACONG TELAH BERJUMPA C’YA NUN PRAKK BAPA SAUDARA DIPOK NAN PRAKK DI SEBUAH RUMAH AGAM YANG DI DIRIKAN DIATAS TIANG-TIANG KAYU JATI DI DALAM SEBUAH TASIK.
PANEL 4
RUMAH AGAM ITU KELIHATAN SUNGGUH KUKUH BINAANNYA DI ATAS PELANTAR DAN TIANG-TIANG KAYU JATI YANG DIBAWA DARI NEGERI SAMMARATH (NAKHON SI THAMMARAT). LEBIH MENYERAMKAN LAGI IANYA DILINGKUNGI POHON BERINGIN YANG BESAR DAN AKAR-AKARNYA TAMPAK JELAS BERGENTAYANGAN.
PANEL 5
C’YA NUN PRAKK YANG BERKEPALA GONDOL, KEDUA MATANYA AMAT TAJAM DAN ALIS KENINGNYA SANGAT HITAM. BULU KENINGNYA PANJANG DAN TEBAL. TAMPAK JELAS KEDURJANAANNYA.
PANEL 6
PERPATIH MULUS TERPAKSA MENGIKUT UDAI PRAPACONG KE RUMAH AGAM ITU UNTUK BERTEMU SENDIRI DENGAN C’YA NUN PRAKK. UDAI PRAPACONG TELAH MENYAKINKAN PERPATIH MULUS BAHAWA C’YA NUN PRAKK BOLEH MEMBANTUNYA MEMINTA APA SAHAJA DENGAN SYARAT DIA HENDAKLAH BERNAUNG DENGANNYA.
MS 111
INTISARI/NARATIF
PANEL 1
UDAI PRAPACONG DAN PERPATIH MULUS KINI BERHADAPAN DENGAN SEORANG LELAKI YANG KELIHATAN AMAT WIBAWA DIMATA MEREKA. SEMUANYA ADA TIPUAN DAN KHAYALAN SEMATA-MATA.
PANEL 2
C’YA NUN PRAKK SEBENARNYA ADALAH SELICIK-LICIK MAKHLUK YANG BERTOPENGKAN MANUSIA YANG TELAH BERNAUNG DENGAN KUASA JAHAT. KUASA JAHAT TELAH SEKIAN LAMA BERJUTA-JUTA TAHUN DAHULU TELAH BERSUMPAH UNTUK MENGHANCURKAN MANUSIA.
PANEL 3
APA SAHAJA YANG TIDAK DINIKMATINYA? SEGALANYA ADA DI SITU. KETIKA. MATANYA AMAT TERKEJUT APABILA TERPANDANG SERAUT WAJAH YANG DIKENALINYA KETIKA SEORANG GADIS CANTIK MENGHIDANGKAN BIJANA MINUMAN YANG MENGANDUNGI TAMAR LAGI MEMABUKKAN. SIAPAKAH GADIS YANG PERNAH DILIHATNYA ITU?
PANEL 4
PERPATIH MULUS MULAI SEDAR DIA SUDAH JAUH TERPESONG. TIDAK BERANI MENGUNDURKAN DIRI PADA WAKTU ITU, DIA AKUR SAHAJA. DALAM PADA ITU DIA BERPURA-PURA BERSERONOK DENGAN KESERONOKAN YANG BOLEH DIDAPATI SEMENTARA DI RUMAH AGAM C’YA NUN PRAKK.
PANEL 5
PERPATIH MULUS KEMUDIANNYA TERSEDAR DARI KHAYALAN.KEPALANYA AMAT BERAT UNTUK MENGINGATI SEGALA PERISTIWA YANG DI ALAMINYA. DIA DIJUMPAI ORANG SEDANG TIDUR DI SUATU TEMPAT YANG PALING BUSUK LAGI MELOYAKAN DALAM KANDANG HAIWAN TERNAKAN.
PANEL 6
BEBERAPA ORANG BUDAK YANG LALU DI SITU MENJUMPAI PERPATIH MULUS DAN KEADAAN YANG AMAT MEMBUSUKKAN. TUBUH BADANNYA HABIS DI SELAPUTI NAJIS HAIWAN.
MS 112
INTISARI/NARATIF
PANEL 1
DIA KELIHATAN AMAT BINGUNG. BARU SEMALAM DIA BERSAMA UDAI PRAPACONG DIRUMAH AGAM DI SEBUAH TASIK YANG INDAH. KINI DIA BERADA DI SEBUAH KANDANG HAIWAN?
PANEL 2
DIA PUN BERJALAN KELUAR DAN DITERTAWAKAN ORANG RAMAI. HABIS ORANG TIDAK TERTAHAN KERANA BAUNYA YANG AMAT BUSUK ITU. ADA YANG MENUTUP HIDUNG.
PANEL 3
DIA SENDIRI AMAT MENANGGUNG MALU LALU PULANG KE RUMAHNYA DENGAN KEADAAAN TERGESA-GESA. ANAK ISTERINYA TURUT MERASAKAN HAIRAN.
PANEL 4
SETELAH MEMBERSIHKAN DIRINYA DIA TERMENUNG DI TEPI JENDELA MEMIKIRKAN AKAN PERISTIWA SEMALAM. DALAM PADA ITU DIA PUN TERINGAT SURAT UTUSAN YANG DI TERIMANYA DARI MAJAPAHIT.
PANEL 5
LALU DIA PERGI KE SUATU SUDUT DI DALAM RUMAHNYA. ALMARI DIBUKA DAN DIKELUARKAN PETI KAYU BERUKIRAN INDAH.
PANEL 6
MAKA DIKELUARKAN DARI PETI ITU SUATU BUNGKUSAN YANG DIBALUT RAPI. SEPUCUK SURAT BERTULISAN KAWI. ANTARA LAIN ISINYA IALAH MENYURUH BELIAU BERSIAP-SIAP. ANGKATAN MAJAPAHIT SEDANG MARA KE PULAU BESAR DAN PULAU BENTAN.
MS 113
INTISARI/NARATIF
SRI BITARA DILANTIK MENJADI WAKIL RAJA LIGOR
PANEL 1
KERAJAAN SRI VIJAYA YANG MEMPUNYAI EMPAYAR YANG LUAS DI SAMUDERA BERANSUR LEMAH. HAYAM WURUK YANG MENERAJUI MJAPAHIT PULA MENGAMBIL ALIH MELUASKAN KUASANYA.
PANEL 2
VISUAL: RAJA LIGOR PULA MENGAMBIL KESEMPATAN MEMBEBASKAN DIRI DARI NAUNGAN SRI VIJAYA. LALU DIA MELANTIK RAJA-RAJA BARU DI JAJAHANNYA DI CHIH TU (TANAH MERAH,PAN PAN (INDERAPURA) DAN PRIMULA.
PANEL 3 DAN PANEL 4
VISUAL:
RAJA LIGOR TELAH MENGIRIMKAN SATU UTUSAN KE SERENDAH BUNGA MEMINTA SRI BITARA MENGHADAPNYA. SRI BITARA TELAH DILANTIK SEBAGAI WAKIL RAJA LIGOR DI SERENDAH KEBUN BUNGA DAN ADAT ISTIADAT DIJALANKAN.
PANEL 5
MANDALIKA PERIMULA DAN MANDALIKA INDERAPURA KINI BEBAS DARIPADA PERTUANAN SRI VIJAYA. KEDUA-DUA MANDALIKA INI TELAH DIDATANGI OLEH MU’ALIM DARI TIMUR TENGAH.
PANEL 6
MU’ALIM TERSEBUT TELAH MENYEBARKAN SYIAR ISLAM. MEREKA TELAH MEMELUK ISLAM DENGAN MEMAKAI GELARAN RAJA. TIADA PAKSAAN DIKENAKAN KE ATAS MEREKA UNTUK MEMELUK ISLAM
MS 114
INTISARI/NARATIF
PANEL 1
SEMENTARA ITU,DALAM PEREDARAN MASA YANG BERLALU SRI BITARA MENGUKUHKAN KEDUDUKANNYA SEBAGAI PENGHULU YANG SANGAT BERPENGARUH.
PANEL 2
BEBERAPA JAJAHAN LAIN TURUT BERGABUNG DAN BERADA DIBAWAH PENGAWASAN SERI BITARA.
PANEL 3
SERI BITARA PUN MEMASANG CITA-CITA UNTUK MENJADI SEORANG PEMERINTAH UNGGUL. LALU DIKIRIMNYA HADIAH DAN UFTI KE PADA RAJA LIGOR TANDA MENGAKUI KEBESARANNYA.
PANEL 4
ATAS NASIHAT UDAI PRAPACONG, RAJA LIGOR MELANTIK SERI BITARA SEBAGAI PEMERINTAH DI SITU. MANAKALA UDAI PRAPACONG DILANTIK SEBAGAI WAZIR RAJA LIGOR.PERPATIH MULUS BERKERAT ROTAN DENGAN UDAI PRAPACONG DENGAN PERASAAN HASAD.
PANEL 5
ANGKATAN MAJAPAHIT PUN SEKALI LAGI INGIN MELUASKAN PENGARUHNYA KE NUSANTARA SETELAH MENDAPAT KHABAR, BEBERAPA NEGERI TELAH MEMBEBASKAN WILAYAH MASING-MASING.
PANEL 6
LALU DIHANTAR ANGKATAN PERANG BESAR-BESARAN UNTUK MENGAJAR RAJA LIGOR. SEMENTARA ITU RAJA LIGOR MENGGANGGAP PENGHANTARAN PERAJURIT-PERAJURIT MAJAPAHIT SEBAGAI SATU JENAKA.
MS 115
PANEL 1
BELIAU TURUT MENGHANTAR ANGKATAN PERANGNYA SERTA PASUKAN BERGAJAH UNTUK BERKUBU KE SERENDAH KEBUN BUNGA DAN SETERUSNYA MARA KE PERIMUMULA DAN INDERAPURA.
VISUAL:
PANEL 2
VISUAL:
IBARAT KATA PERPATAH MELAYU, GAJAH SAMA GAJAH BERJUANG PELANDUK MATU DITENGAH-TENGAH. DALAM PERTELINGKAHAN MAJAPAHIT DAN RAJA LIGOR, LANGKUIK MUNCUL MEMBERI BANTUAN DARI LAUTAN KEPADA AWI DICHU.
PANEL 3
VISUAL:
RAKYAT DARI SERENDAH KEBUN BUNGA TELAH BERGABUNG DENGAN PERIMULA DAN INDERA PURA.
PERKASA DAN ALAM SATRIA SIGUNTANG MENDAPAT TAHU BAHAWA PERPATIH MULUSLAH LELAKI YANG MENYERANGNYA DI PULAU AUR DAHULU. TELUR TEMBELANG KALAU SUDAH PECAH SUKAR DITUTUP KERANA BAUNYA SUDAH DIHIDU ORANG.
SEMENTARA ITU AWANG KERAK NASI MENGINTAI PELUANG. KETIKA UDAI PRAPACONG MAHU MELARIKAN DIRI DARI PERANG. DIA SEMPAT MEMBALING TOMBAK LALU MENGENAI UDAI PRAPACONG. DIA MATI DI SITU JUGA.
PANEL 4
VISUAL:
PERPATIH MULUS SUDAH TERDESAK. DENGAN ILMU KESAKTIAN YANG DIPELAJARINYA DIA CUBA MENGHAIBKAN DIRINYA.
PANEL 5
VISUAL:
PERPATIH MULUS CUBA MENGABUI MATA ORANG RAMAI DENGAN MENUKAR KEPADA WAJAH SERI BITARA.
PANEL 6
VISUAL:
ALAM SATRIA SIGUNTANG DAN PERKASA DENGAN TANGKAS MENGHALANG PERCUBAAN PERPATIH MULUS ITU.
MS 116
PANEL 1
VISUAL:
DENGAN PENYAMARAN SEBAGAI SERI BITARA, (PERPATIH MULUS) MENGARAHKAN SUPAYA ORANG-ORANG SERENDAH KEBUN BUMI SUPAYA BERUNDUR.
PANEL 2
VISUAL:ADA DIANTARA ORANG-ORANG SERENDAH KEBUN BUNGA YANG BERBUAT DEMIKIAN KERANA MENYANGKA BENAR SERI BITARA BERBUAT DEMIKIAN.
PANEL 3
VISUAL:
SEPANTAS KILAT, ALAM SATRIA SIGUNTANG MEMBENAM KERIS TARUNGNYA KE DADA PENGKHIANAT ITU. ALAM SATRIA SIGUNTANG AMAT MENGENALI SIAPA SERI BITARA YANG SEBENARNYA.
PANEL 4
VISUAL:
SERI BITARA KESUDAHANNYA MATI DI TANGAN ALAM SATRIA SIGUNTANG.
PANEL 5
VISUAL:
BERBALIK PULA KEPADA SEMERLUKI.ORANG-ORANGNYA AMAT GARANG SEKALI MENANGKIS DAN MEMBANTU PANGLIMA HITAM. SEMERLUKI TIDAK MELEPASKAN PELUANG KEEMASAN. KE MANA SAHAJA LANGKUIK PERGI DI SITU JUGA DIA BERADA. BUKU BERTEMU DENGAN RUAS.
PANEL 6
VISUAL:
LANGKUIK YANG DIKATAKAN KEBAL OLEH SENJATA CUBA MENGELAK TIKAMAN DAN JURUS SEMERLUKI. KALI INI SERANGAN SEMERLUKI LEBIH BERBISA. BERBANDING 20 TAHUN YANG LALU. MESKI PUN USIANYA SEMAKIN TUA, SEMERLUKI TETAP MEMBERI TENTANGAN HEBAT.
MS 117
PANEL 1
AWI DICHU YANG MENGETUAI PASUKAN BERGAJAH SUDAH SAMPAI DI PASIR PUTIH. DENGAN LAGAK SOMBONG DAN BONGKAKNYA HABIS KEBUN ORANG DIREDAHNYA.
PANEL 2
PENCARI HASIL HUTAN AMAT TERKEJUT APABILA MELIHAT ANGAKATAN BERGAJAH. LALU BERTEMPIARAN LARI.
PANEL 3
PANGLIMA HITAM PAHLAWAN TERKENAL DARI KOLAM ANTAM MENYEKAT KEMARAAN ANGKATAN LIGOR
PANEL 4
BERLAKU PERPERANGAN ANTARA PASUKAN PANGLIMA HITAM DAN PASUKAN AWI DICHU.
PANEL 5
PANGLIMA HITAM TERPAKSA BERUNDUR DIRI KE PADANG LUAS (WILAYAH BESUT). BERLAKU PERPERANGAN DI ANTARA PASUKANNYA YANG BERTAHAN DI SITU.
PANEL 6
AWI DICHU MARA LAGI. PERKASA DAN ALAM TURUT SERTA DALAM PEPERANGAN INI. BERLAKU PERTEMPURAN YANG HEBAT.
PANEL 7
MANDALIKA INDERAPURA DAN MANDALIKA PERIMULA PULA MENGHANTAR BANTUAN KEPADA PANGLIMA HITAM. PASUKAN AWI DICHU SUNGGUH TERKEJUT KALI INI.
MS 118
PANEL 1
PASUKAN AWI DICHU ALAH TERUK KEPADA PASUKAN PANGLIMA HITAM.
DUA ORANG PENDEKAR MUDA ITU MENGAMUK BAGAIKAN AYAM TAMBATAN DI GELANGGANG LAWAN. KERIS TARUNG BUATAN TOK TEMPA DARI TANAH JAWA DAN PANAH JENTAYU BUAT PERTAMA KALI DIGUNAKAN OLEH KEDUA-DUA PENDEKAR MUDA ITU.
PANEL 2
AWI DICHU MERASA AMAT MARAH LALU MENGHUBUNGI C’YA NUN PRAKK. LALU DI UTUS UDAI PRAPACONG DAN PERPATIH MULUS .
PANEL 3
KEHADIRAN KEDUA-DUA LELAKI INI AMAT DIRAGUI OLEH PANGLIMA HITAM. UDAI PRAPACONG TELAH DIDAPATI MEMBERI MAKLUMAT KEKUATAN KEPADA AWI DICHU.
PANEL 4
PERPATIH MULUS MENYEDARI PERGERKKANNYA DIINTIP. DIA SEDANG MELARIKAN DIRI DALAM PEPERANGAN. TOK KEMUNING YANG PUTUS LIDAH ITU SEKIAN LAMA MEMERHATI PERGERAKKAN PERPATIH MULUS. TOK KEMUNING MENAMPILKAN DIRINYA LALU MENIKAM PERPATIH MULUS KERISNYA MENEMBUS BELIKAT HINGGA KE JANTUNG.
PANEL 5
AWI DICHU NAIK BERANG LALU DI AMUKNYA DENGAN GAJAH BERANGNYA AMAT MENAKUTKAN. HABIS BAHAGIAN HADAPAN ANGKATAN PANGLIMA HITAM DI REMPUHNYA.
PANGLIMA HITAM MENCABAR AWI DICHU BERTEMU SEORANG DEMI SEORANG. CABARAN PANGLIMA HITAM DI SAMBUT.
PANEL 6
PERPATIH MULUS MUNCUL DISAAT GENTING. DENGAN MEMILIKI ILMU YANG TINGGI DIA DAPAT MENGABUI MATA LAWAN. DIA BOLEH BERUBAH WAJAH SESIAPA SAHAJA DALAM MASA TERDESAK.
MS 119 PANEL 1
LANGKUIK MUNCUL MEMBERI BANTUAN DARI LAUTAN KEPADA AWI DICHU. PADA MASA YANG SAMA SEMERLUKI PAHLAWAN SAMUDERA PUN TURUT MUNCUL.
PANEL 2
PERKASA DAN ALAM MENDAPAT TAHU BAHAWA UDAI PRAPACHONGLAH MERUPAKAN LELAKI YANG MENYERANGNYA DI PULAU AUR DAHULU.
PANEL 3
UDAI PRAPACONG MENGATUR STRATEGI, DIA MENYUSUN BEBERAPA PENDEKAR YANG BERTUBUH SASA DAN BERANI. SETIAP PERGERAKKANNYA DILINDUNGI.
PANEL 4
PADA MASA YANG SAMA LANGKUIK SI HELANG MERAH KINI BERHADAPAN DENGAN SEMERLUKI. PERTEMUAN DIANTARA DUA JAGUHAN ITU MEYEMARAKKAN KEMBALI DENDAM ANTARA KEDUA MEREKA.
PANEL 5
SEMERLUKI YANG TELAH LAMA MENYIMPAN DENDAM MENYERU LANGKUIK SUPAYA MENAMATKAN SENGKETA DIANTARA MEREKA.
PANEL 6
LANGKUIK YANG TERCABAR TERUS MENGATUR LANGKAH. DARAH PANASNYA MEMBUAK-BUAK, DIA TIDAK DAPAT MENGAWAL AMARAHNYA.
MS 120 PANEL 1
MATANYA MERENUNG TAJAM KE ARAH LELAKI YANG PERNAH DITENTANGNYA SEWAKTU KETIKA DULU. LELAKI YANG PERNAH DITEWASNYA DILAUT CHINA SELATAN.
PANEL 2
RENUNGANNYA ITU CUBA MEMBACA MAKRIFAT. SEKIRANYA LANGKAHNYA SUMBANG MAKA ITULAH SAATNYA YANG TERRAKHIR DIA MENGHIRUP NAFASNYA DIHARI ITU.
PANEL 3
SEMERLUKI PUN BEGITU JUGA, MULUTNYA BERKUMAT KAMIT MEMBACA AYAT-AYAT SUCI MEMINTA DOA DARI ALLAH SUPAYA DIPERKENANKAN MENGHAPUSKAN MUSUHNYA
PANEL 4
SEMERLUKI DENGAN TENANG BERSEDIA MENANTI SERANGAN YANG MUNGKIN DIATUR OLEH LANGKUIK BILA-BILA MASA SAHAJA.
PANEL 5
LANGKUIK BUKAN CALANG-CALANG ORANG, MEMILIKI RATUSAN PENGIKUT SETIA
PANEL 6
SEMERLUKI YANG MEMPUNYAI SEMBILAN PAHLAWAN YANG SEDIA MENGEMPUR PIHAK LAWAN.
(TAMAT BAHAGIAN KESEPULUH)
Saturday, November 08, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment