Saturday, January 14, 2006

EPISOD 4: SAHABAT RIMBA SIKIJANG EMAS

EPISOD 4: SAHABAT RIMBA SIKIJANG EMAS

MS 37

MUKA SURAT YANG MENGANDUNGI 6 PANEL.

LOKASI

SEKITAR SERENDAH KEBUN BUNGA
PULAU-PULAU, PANTAI DAN HUTAN BELANTARA

PANEL 1

VISUAL: PENGHULU, KELIHATAN BERDIRI DI TEPI JENDELA MENGADAP KE LUAR. RENUNGANNYA MENERAWANG JAUH. APAKAH GERANGAN YANG DIFIKIRKANNYA

KAPSYEN:
PENGHULU BETARA MUDA

NARATIF:PENGHULU BETARA MUDA BARU TIGA TAHUN MENGGANTIKAN PENGHULU TUA SERENDAH KEBUN BUNGA YANG MENINGGAL DUNIA KERANA DIKATAKAN DITIMPA SAKIT MISTERI.

NARATIF: ULANG TAHUN KELAHIRAN PUTERI KESAYANGANNYA YANG KE 5 BARU SAHAJA DISAMBUT DENGAN MERIAH.

VISUAL: DI HALAMAN RUMAH, MAYANG SARI SEDANG BERGEMBIRA BERMAIN DENGAN ALAM SATRIA. MEREKA DITEMANI OLEH AWANG KERAK NASI. KEAKRABAN MEREKA SEPERTI ISI DAN KUKU.

VISUAL: ISTERI PENGHULU DATANG DENGAN MENATANG SEDULANG HIDANGAN. PENGHULU PUN MASIH BELUM BEREDAR DARI TEPI JENDELA.

ISTERI PENGHULU : JAUH SUNGGUH KEKANDA MENGELAMUN. APAKAH YANG DIFIKIRKAN?

PENGHULU : ADINDA, SEBENARNYA KEKANDA SEDANG
MEMIKIRKAN SESUATU.


PANEL 2

ISTERI PENGHULU : APAKAH MAKSUD KEKANDA?

VISUAL: PENGHULU PUN LALU DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MENGAMBIL SEHELAI DAUN SIRIH. KAPUR DAN ULAS PINANG DILETAKKAN KE DALAM DAUN SIRIH LALU DIMASUKKAN KE DALAM MULUTNYA. DIKUNYAHNYA SIRIH ITU PERLAHAN-LAHAN.

PENGHULU : ADINDA,SEBENARNYA DALAM SELANG 3 MALAM
INI KERAP DIDATANGI MIMPI YANG PELIK.


ISTERI PENGHULU : APAKAH MIMPI TERSEBUT KEKANDA?
(BERTANYA SEOLAH-OLAH TIDAK SABAR MENANTI PERKHABARAN DARI PENGHULU.)


PENGHULU : KANDA TELAH BERMIMPI, KANDA TELAH
MELIHAT SATU CAHAYA TERANG BERDERANG.

PANEL 3


PENGHULU : RUMAH KITA DILIMPAHI CAHAYA ITU, DAN KANDA DIPAGARI OLEH DUA BINTANG YANG BERCAHAYA KEPUTIH-PUTIHAN.
(PENGHULU TERMENUNG MEMIKIRKAN MIMPI TERSEBUT.)


ISTERI PENGHULU : APAKAH ALAMATNYA ITU?
(ISTERINYA PULA BERTANYA.)

PANEL 4


PENGHULU : ENTAHLAH, KEKANDA PUN TIDAK DAPAT MEMBERI KATA PUTUS.



ISTERI PENGHULU : ALANGKAH BAIKNYA KALAU KITA BERTANYAKAN
ORANG BIJAK PANDAI.


PANEL 5

PENGHULU : TIDAK USAH ADINDA GUSAR, NANTI ADINDA PULA YANG MAKAN TIDAK LALU, MANDI TIDAK BASAH.

ISTERI PENGHULU : BETUL KATA, KEKANDA. MARILAH SEGERA KITA
BERJAMU SEDIKIT JUADAH.


PENGHULU : ERM SEDAP BETUL JUADAH INI. SIAPA YANG MEMBUATNYA?

PANEL 6
VISUAL:ISTERI PENGHULU TERSENYUM LALU, BERKIAS KATA

ISTERI PENGHULU : PUCUK PAUH DELIMA BATU, SENDUDUK TIDAK BERGUNA LAGI. DUDUK JAUH BERIBU BATU, KALAU TIDAK DUDUK DIHADAPAN KEKANDA, SIAPALAH LAGI.

PENGHULU TERSENYUM SERAYA MENGATAKAN.

PENGHULU : PUCUK PAUH PUCUK PUTAT. DUDUK JAUH PUN TERASA DEKAT.

PANEL 7

VISUAL: ADA SESUATU YANG DISEMBUNYIKAN OLEH PENGHULU SERI BITARA KEPADA ISTERINYA. DIA TERINGAT PADA MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI MAYANG. DIA RASA DIA AMAT MENGENALI LELAKI YANG DIDAKWA MA HUANG ZHE SEBAGAI SMERLUKI ITU.

PENGHULU : AHHH… TIDAK MUSTAHIL LELAKI YANG BERSALAMAN DENGAN AKU ITU SI MEGAT KEMBAR ALI. DARI RAUT WAJAHNYA PUN AKU DAPAT MENGENALNYA. SEKILAS IKAN DI AIR SUDAH TAHU JANTAN BETINANYA.

PANEL 8

VISUAL: PENGHULU SERI BITARA LELAKI YANG ITU IALAH MEGAT KEMBAR ALI.

PENGHULU : JIKA BENAR, APA AKAL KU KINI?

MS 38
MUKA SURAT YANG MENGANDUNGI 7 PANEL.

PANEL 1
VISUAL: SEMENTARA ITU DI LOKASI YANG BERLAINAN. DI SEBUAH PONDOK YANG KELIHATAN AMAT JAUH DI TEPI HUTAN.



PANEL 2
VISUAL: MAK ALANG SEDANG MENGANYAM ATAP RUMBIA. PAK ALANG PULA SEDANG MENYUSUN ATAP-ATAP RUMBIA YANG SUDAH SIAP DIANYAM. PERKASA TURUT MEMBANTU MEREKA.

PANEL 3
VISUAL: SEBENTAR KEMUDIAN MEREKA BERTIGA SUDAH PUN BERADA DIPINGGIR HUTAN, BERJALAN MELALUI DENAI YANG SEMPIT. MEREKA SUDAH BIASA MELALUI JALAN BERDENAI ITU.

PANEL 5
VISUAL: KELIHATAN DI KANAN DAN DI KIRI DENAI, TUMBUH-TUMBUHAN MENGHIJAU.

PANEL 6
VISUAL: SESUSUK TUBUH YANG KELIHATAN DARI BAHAGIAN BELAKANG SEDANG MEMERHATIKAN PERGERAKAN MEREKA.

PANEL 7
VISUAL: KELIHATAN TANGAN-TANGAN YANG KASAR DAN BERBULU SEPERTI HAIWAN SEDANG MENYELAK RIMBUNAN DEDAUN.

MS 39

MUKA SURAT YANG MENGANDUNGI 6 PANEL.

PANEL 1
VISUAL: SETIAP GERAK LANGKAH PERKASA DAN IBU BAPA ANGKATNYA MENJADI PERHATIAN SAHABAT RIMBA.

PANEL 2
VISUAL: PAK ALANG DAN PERKASA KELIHATAN SEDANG MEMBAWA KANDARAN YANG MENGISI ATAP RUMBIA YANG DIIKAT KEMAS.

KAPSYEN:
SAHABAT RIMBA

VISUAL: SAHABAT RIMBA TELAH BERSUMPAH BAHAWA IA AKAN MENJAGA KESELAMATAN PERKASA MESKIPUN TERPAKSA MENGADAIKAN NYAWANYA.

PANEL 3
IMBAS KEMBALI
VISUAL: INGATAN SAHABAT RIMBA MASIH TERNGIANG-NGIANG DI DALAM FIKIRANNYA. KETIKA DIA MENGHADAPI GAGAK HITAM DAN PADUKANG SALANG.

PANEL 4
VISUAL: KEDUA-DUA PENGIKUT LANGKUIK ITU AMAT BAHAYA JIKA DIBIARKAN.PERKASA YANG MASIH ANAK KECIL KETIKA ITU, TELAH DISELAMATKANNYA. BADAN PERKASA YANG BERBALUT DENGAN KAIN SULAMAN EMAS MELAYANG-LAYANG DARI CENURAM.

PANEL 5

VISUAL: SEBELUM SEMPAT ANAK KECIL ITU JATUH KE CURAM YANG DALAM, SAHABAT RIMBA TERLEBIH DAHULU MELOMPAT KE BAWAH CENURAM LALU MENYAMBAR ANAK KECIL ITU.

SFX : ZUSSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!

PANEL 6

VISUAL: DIA MENDAKAP ANAK KECIL ITU LALU NAIK SEMULA KE ATAS CENURAM.
SFX : (TANGISAN ANAK KECIL MEMECAHKAN KEHENINGAN BELANTARA)

MS 40

MUKA SURAT YANG MENGANDUNGI 5 PANEL.

PANEL 1
VISUAL: SAHABAT RIMBA PUN BINGKAS UNTUK MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA PUTERI LIMAU PURUT YANG SEDANG DIKEPUNG OLEH GAGAK HITAM DAN PADUKANG SALANG.

PANEL 2
VISUAL: DALAM PERGELUTAN ITU, SAHABAT RIMBA DAPAT MENEWASKAN GAGAK HITAM DAN PADUKANG SALANG. DENGAN MEMBUAT CAKARAN PADA WAJAH GAGAK HITAM HINGGA MENYEBABKAN DIA KEHILANGAN SEBELAH MATANYA.

PANEL 3
VISUAL: PADUKANG SALANG PULA TELAH KEHILANGAN SEBELAH DARIPADA TANGANNYA.

PANEL 4
VISUAL: PUTERI LIMAU PURUT, YANG TELAH JATUH LALU KEPALANYA TERHENTAK PADA BANIR POKOK KAYU.

PANEL 5
VISUAL: HENTAKKAN YANG KUAT ITU MENYEBABKAN KECEDERAAN PADA PANGKAL LEHER (PATAH). IA TELAH MENINGGAL DUNIA SEJURUS ITU JUGA.

MS 41

MUKA SURAT YANG MENGANDUNGI 5 PANEL.



PANEL 1

VISUAL: SEJURUS SELEPAS PUTERI LIMAU PURUT DI SEMADIKAN. SAHABAT RIMBA PUN MEMBAWA PERKASA YANG MASIH KECIL JAUH KE PENDALAMAN.

PANEL 2

VISUAL: GUA YANG KELAM DAN TERLETAK DI HUJUNG TANJUNG MENJADI TEMPAT MEREKA BERDUA BERLINDUNG DARI MUSUH.

PANEL 3
VISUAL: SETIAP HARI SAHABAT RIMBA AKAN BERADA DI PUNCAK CENURAM UNTUK MEMEHATIKAN KAPAL-KAPAL DAGANG LALU DIPERAIRAN.

PANEL 4
VISUAL: DIA AKAN BERDIRI DISITU SEPERTI SEORANG PENGAWAL PANTAI. BULAN YANG PENUH SEDANG (PURNAMA) KELIHATAN BERADA DI PUNCAK CENURAM.

PANEL 5
VISUAL: BAYANG-BAYANG HITAM SAHABAT RIMBA BERLATARBELAKANGKAN CAHAYA BULAN PURNAMA AMAT MEMPERSONAKAN. KELIHATAN SEORANG KANAK-KANAK KECIL YANG SEDANG MERANGKAK.


MS 42

MUKA SURAT YANG MENGANDUNGI 8 PANEL. (IMBAS KEHADAPAN )MASA BERTUKAR GANTI

INTISARI:

PANEL 1

KAPSYEN:

VISUAL: PERKASA BERUSIA 10 TAHUN. DUNIANYA CUKUP ASING DIKELILINGI HUTAN BELANTARA. SAHABAT RIMBA DAN SI KIJANG EMAS DAN ANAKNYA ADALAH TEMAN SEPERMAINAN.

PANEL 2
VISUAL: ALAM SATRIA PUN SEMAKIN MEMBESAR. DIA KINI BERUSIA 9 DI PELIHARA OLEH SEORANG PENGHULU SERI BITARA. DIA DITANTANG BAGAIKAN MINYAK YANG PENUH DIBERKAN KASIH SAYANG.

PANEL 3
VISUAL:SUATU HARI, SEORANG SAUDAGAR BENUA HINDIA DATANG KE SERENDAH KEBUN BUNGA. SETELAH URUSAN DAGANGANNYA SELESAI SAUDAGAR ITU MELALUI JALAN YANG HAMPIR DENGAN HUTAN BELANTARA.

PANEL 4

KERETA LEMBU YANG DITUMPANGINYA TIDAK MAHU BERGERAK. DUA EKOR LEMBU SAPI YANG MENARIK KERETA LEMBU ITU SEDANG MENGHIDU YANG BOLEH MENDATANG MERBAHAYA.

PANEL 5

VISUAL:DI DEPANNYA DI ANTARA CELAH-CELAH SEMAK, SEEKOR RAJA MARGASTUA SEDANG MENGINTAI PELUANG UNTUK MENERKAM MANGSANYA.

PANEL 6

SIPENGEMBALA SUDAH MENGETAHUI DI HADAPAN MEREKA ADA BAHAYA YANG MENANTI. DIA SUDAH MULAI KECUT PERUT, SEDANGKAN SAUDAGAR KALINGA ITU MINTA DIPERCEPATKAN PERJALANAN.BERLAKU PERTIKAMAN LIDAH ANTARA SI PENGEMBALA KERETA LEMBU DENGAN SAUDAGAR ITU.


PANEL 7

VISUAL:KETIKA MEREKA MENINGGIKAN SUARA MASING-MASING, HARIMAU YANG SEDANG BERSEMBUNYI ITU MENGAUM DENGAN KUAT SERTA KELUAR DARI CELAH-CELAH SEMAK DAN LALANG ITU.

PANEL 8

VISUAL:SAUDAGAR DAN SI GEMBALA ITU KECUT PERUT. MEREKA TIDAK DAPAT BERBUAT APA-APA. YANG PASTI PELUH JANTAN MELELEH DAN BASAH PAKAIAN SI SAUDAGAR ITU TIDAK TERTAHAN LALU TERKUNCIL….

MS 43

PANEL 1

VISUAL: DI HALAMAN RUMAH PENGHULU, BELIAU SEDANG TERPAKU DIJENDELA SAMBIL MEMERHATIKAN BULAN PURNAMA PENUH.

PANEL 2

VISUAL: TIBA-TIBA TERDENGAR LOLONGAN SUARA SAYUP-SAYUP MEREMANGKAN BULU ROMA SESIAPA SAHAJA YANG MENDENGARNYA.

(SUARA LOLONGAN SEEKOR HAIWAN BUAS)

PANEL 3

VISUAL: AIR MUKA PENGHULU KELIHATAN CEMAS SEKALI. BELIAU DENGAN CEPAT-CEPAT MENOLEH KE ARAH BILIK PERADUAN PUTERI KESAYANGANNYA, MAYANG SARI.

PANEL 4

VISUAL: SEGERA BELIAU BERJALAN KE ARAH BILIK TERSEBUT. BIMBANG AKAN TERJADI APA-APA.

PANEL 5

DITEMPAT LAIN DIHUJUNG TANJUNG.

VISUAL: SAHABAT RIMBA YANG KERINDUAN BERDIRI SAMBIL MELEPASKAN SUARA TANGISAN YANG AMAT PANJANG.

WOOOO...WOOO... WOOOOOOOO...

PANEL 6

VISUAL: SUARA SAHABAT RIMBA DAPAT DIDENGAR OLEH SETIAP PENGHUNI SERENDAH KEBUN BUNGA.

PANEL 7

VISUAL: MALAH ADA DI ANTARA MEREKA YANG SUDAH DIBUAI MIMPI TERBANGUN KERANA KELANTANGAN SUARA TERSEBUT.

MS 44

PANEL 1

VISUAL: PERKASA YANG HAMPIR MELELAPKAN MATANYA PUN TURUT TERKEJUT DAN DENGAN KEBOLEHAN DARIA RASA (TELEPATI), DIA DAPAT MERASAKAN SAHABAT RIMBA AMAT MERINDUINYA.

PANEL 2

VISUAL: TANPA PENGETAHUAN MAK ALANG DAN PAK ALANG, PERKASA PUN TURUN KE TANAH.

PANEL 3

VISUAL: DENGAN PANTAS SEPERTI SEEKOR HAIWAN DI RIMBA, DIA HILANG DI DALAM KEGELAPAN MALAM.

PANEL 4

VISUAL: KECERGASANNYA SEPERTI LARIAN SEEKOR KIJANG DAN KEKUATAN SEEKOR SINGA.

PANEL 5

DIA PUN SUDAH BERADA DI PUNCAK CENURAM. PERKASA MEMELUK SAHABAT RIMBA DENGAN PENUH SYAHDU.

PANEL 6

VISUAL: BETAPA PILUNYA HATI SAHABAT RIMBA KETIKA DIA MENATAP WAJAH PERKASA YANG KELIHATAN SEMAKIN BERTAMBAH KEREMAJAANNYA.


MS 45

PANEL 1

VISUAL: SAHABAT RIMBA PULA KELIHATAN SEMAKIN BERTAMBAH LEMAH.


PANEL 2

VISUAL: TERDAPAT BEKAS-BEKAS LUKA DISELURUH BADANNYA AKIBAT TUJAHAN SENJATA PENGIKUT LANGKUIK.

PANEL 3

VISUAL: MEREKA SERING MENJEJAK SAHABAT RIMBA SELEPAS GAGAK HITAM DAN PADUKANG SALANG DICEDERAKAN.

PANEL 4

VISUAL:

NARATIF: UNTUK KESEKIAN KALINYA SAHABAT RIMBA DAN PERKASA KEMUDIANNYA MENUJU KE SEBUAH GUA YANG AMAT GELAP.

PANEL 5

NARATIF: JAMONG DIPASANG UNTUK MENERANGI KEGELAPAN GUA KELAM ITU.

PANEL 6

NARATIF: GUA ITU HANYA DIHUNI OLEH BURUNG-BURUNG LAYANG-LAYANG LAUT YANG MEMBUAT SARANG DISITU.

PANEL 7

NARATIF:TERDAPAT JUGA KELAWAR-KELAWAR YANG BERTEBANGAN.

MS 46

PANEL 1

VISUAL: SIGAI-SIGAI YANG DIPERBUAT DARIPADA BULUH KELIHATAN BERCERACAK.

PANEL 2

DENGAN PANTAS SAHABAT RIMBA DIIKUTI PERKASA MENITI PADA BATANG-BATANG BULUH TERSEBUT UNTUK BERADA DI PUNCAK.

PANEL 3

VISUAL: SEMENTARA BURUNG-BURUNG LAYANG-LAYANG DAN KELAWAR YANG BERTERBANGAN KADANGKALA HAMPIR MELANGGAR API JAMONG YANG TERPASANG.

PANEL 4

VISUAL: KELIHATAN BUNGA-BUNGA API TERPERCIK AKIBAT PERLANGARAN TERSEBUT.

PANEL 5

VISUAL: SEKETIKA KEMUDIAN, SAHABAT RIMBA KEMUDIAN TELAH PUN SAMPAI DIBIRAI BATU GUA DI BAHAGIAN ATAS. DIIKUTI PULA OLEH PERKASA.

PANEL 6

VISUAL: API TELAH DINYALAKAN DAN SAHABAT RIMBA SEDANG MEMANASKAN SESUATU.

MS 47

PANEL 1

VISUAL: TANGAN SAHABAT RIMBA KEMUDIAN MENGELUARKAN SESUATU YANG BARU DIPEROLEHINYA KETIKA MENITI PADA SIGAI-SIGAI BULUH.

PANEL 2

VISUAL: LALU DIMASUKKAN KE DALAM BEKAS DAN DITUANGKAN AIRPANAS.

PANEL 3

VISUAL: SAHABAT RIMBA KEMUDIANNYA MENGHIRUPKAN PERLAHAN-LAHAN. PADA MASA YANG SAMA DIBERIKAN KEPADA PERKASA.

KAPSYEN:

KHASIAT REBUSAN SARANG BURUNG

NARATIF: UBAT PEMULIH TENAGA YANG BERKHASIAT TINGGI DIHASILKAN OLEH LIUR BURUNG LAYANG-LAYANG AMAT DIGEMARI OLEH PENIAGA DARI CANTON DAN ZAYTUN SERTA TIMUR JAUH.

PANEL 4

NARATIF:PENGHUNI SERENDAH KEBUN BUNGA LENA DIBUAI MIMPI. ADA MIMPI INDAH DAN ADA MIMPI YANG MENGERIKAN.

PANEL 5

NARATIF: JERITAN DEMI JERITAN DITENGAH MALAM. PERSIS ADA YANG MENAKUTKAN.

SFX: ARGGHHHHH.....ARGHHHHHHHHHHHH!!!!

MS 48

PANEL 1

NARATIF: SEMENTARA ITU DI RUMAH PENGHULU

PANEL 2

NARATIF: PENGHULU TERBANGUN SETELAH DIDATANGI SATU SUSUK LEMBAGA YANG BESAR BERDIRI DI HADAPANNYA.

PANEL 3

NARATIF: DIA MERASAKAN MULUTNYA DIKUNCI. SANGAT SUKAR PENGHULU MENGGAMBARKAN WAJAH LEMBAGA ITU.

PANEL 4


LEMBAGA GHAIB : ENGKAU AKAN MENJADI MANUSIA YANG AKAN DIHORMATI SERTA BEROLEH KEDUDUKAN YANG TINGGI.

PANEL 5

NARATIF: SESAAT KEMUDIAN, PENGHULU KEMBALI KE ALAM SEDARNYA. LEMBAGA TERSEBUT SUDAH HILANG. PENGHULU BAGAIKAN TIDAK PERCAYA APA YANG DIHADAPINYA.

1 comment:

Firol said...

Teima kasih atas komen..pelukis komik ke ni?....