EPISOD KETIGA: CAKAR MAUT LANGKUIK
MS 25
MUKA SURAT 25 YANG MENGANDUNGI 8 PANEL.
PANEL 1
VISUAL:
KAPSYEN:
NARATIF: CAKAR LANGKUIK YANG BERTALU-TALU ITU SEPERTI CAKARAN SANG RAJAWALI. MEGAT KEMBAR ALI TIDAK DAPAT LAGI MENAHAN BISANYA CAKARAN ITU. HABIS CALAR-CALAR TUBUHNYA.
PANEL 2
VISUAL:
KAPSYEN:
NARATIF:WAN NILAM PURI TIDAK BERUPAYA MELIHAT SAHABATNYA DIPERLAKUKAN DEMIKIAN RUPA.
KAPSYEN:
NARATIF:WALAUPUN TUBUHNYA SUDAH BERANSUR LEMAH, DIA CUBA BANGKIT LAGI UNTUK MEMBERI TENTANGAN KEPADA LANGKUIK
PANEL 3
VISUAL:
KAPSYEN:
NARATIF:LANGKUIK CUBA MENGUNCI PERGERAKKAN MEGAT KEMBAR ALI DENGAN BUAH JURUS KUNCI, NAMUN KEPENDEKARANNYA BERJAYA MEMBUKA BUAH KUNCI TERSEBUT.
PANEL 4
VISUAL:
KAPSYEN:KELIHATAN WAN NILAM PURI TIDAK BERUPAYA LAGI DAN TERJATUH KE ATAS LANTAI DEK KAPAL.
NARATIF:AKHIRNYA WAN NILAM PURI JATUH TERLEPUK, TIDAK BERUPAYA LAGI DAPAT BERTAHAN.
PANEL 5
VISUAL: SEMENTARA ITU MEGAT ALI BERUSAHA MEMBANTU SAUDARANYA ITU.
KAPSYEN:
NARATIF: MEGAT KEMBAR ALI BERUSAHA UNTUK MEMBERI BANTUAN TERAKHIR KEPADA SAHABATNYA.
PANEL 6
VISUAL: LANGKUIK PUN MENCENGKAM LALU TENGKUK WAN NILAM PURI
LANGKUIK : MARI AKU HANTARKAN SIBEDEBAH INI KE DUNIA FANA
MEGAT KEMBAR ALI : TIDAKKKKKK!!!
PANEL 7
VISUAL:
NARATIF: KETIKA MEGAT KEMBAR ALI BERTERIAK MENANGISI SAHABATNYA YANG TELAH KEMBALI KE ALAM BAQA. DIA MULA TERSEDAR DARI TRAUMA YANG SEKIAN LAMA DIALAMINYA.
PANEL 8
VISUAL:
NARATIF: WAJAHNYA YANG TIDAK TERURUS ITU MENGIMBAU KEMBALI PERISTIWA YANG DIALAMINYA ITU 10 TAHUN YANG LALU. DIA KINI CUMA SEORANG KELASI TONGKANG DARI TANAH BESAR CHINA YANG MELALUI JALAN LAUT DARI TIMUR KE BARAT.
SEBUAH KAPAL PEDAGANG SEDANG MELALUI SEBUAH PULAU. DI SITULAH BERSEMADINYA JASAD SEORANG PENDEKAR YANG BERJUANG BERSAMA-SAMANYA.
MEGAT KEMBAR ALI : MAAFKAN AKU OH SAHABATKU DAN JUGA SAUDARAKU, AKU TIDAK BERKUDRAT UNTUK MENYELAMATKAN MU KETIKA ITU.
MEGAT KEMBAR ALI : AKU BERSUMPAH DENGAN DENDAM YANG ADA DI HATI KECIL INI UNTUK MENJEJAK KANGKUIK SAMPAI KE LUBANG CACING
KAPSYEN: PULAU PERHENTIAN DI SITULAH BERSEMADINYA JASAD WAN NILAM PURI
MS 26
DALAM MASA 10 TAHUN YANG LALU BERMACAM-MACAM PERKARA TELAH BERLAKU DAN MENIMPA KE ATAS SERENDAH SEKEBUN BUNGA.KITA IMBAS KEMBALI BEBERAPA PERISTIWA PENTING
PANEL 1
VISUAL: SETELAH USAHA MENCARI JASAD MEGAT KEMBAR ALI GAGAL. PENGHULU TUA SANGAT RUNSING. DIA BERASA BERSALAH KERANA MENJATUHI HUKUMAN MENGIKUT NAFSUNYA.
PANEL 2
VISUAL:PENGHULU TUA ITU RASA INSAF, LANTARAN ITU DIA BERUSAHA UNTUK MEMOHON MAAF KEPADA KELUARGA NUR NILAM SARI. HAJATNYA TIDAK KESAMPAIAN, NUR NILAM SARI SUDAH MENINGGAL DUNIA.
PANEL 3
VISUAL:UNTUK MENEBUS DOSANYA PENGHULU TUA ITU MEMINTA KEBENARAN DARI IBU DAN BAPA NUR NILAM SARI SUPAYA MEMELIHARA ALAM SATRIA YANG MASIH BAYI ITU.
PANEL 4
VISUAL:
PENGHULU TUA BERJANJI AKAN MENJAGA DAN MEMBESAR MEGAT ALAM DENGAN SEBAIK MUNGKIN.
PANEL 5
VISUAL:
MEGAT ALAM DI BAWA PULANG KE RUMAHNYA DAN KEBETULAN ANAK PENGHULU TUA, BITARA RATNA MANIKAM BELUM MEMPUNYAI ANAK WALAUPUN SUDAH BERKAHWIN 3 TAHUN.MEGAT ALAM DISERAHKAN KEPADA BITARA SEBAGAI ANAK ANGKAT.
PANEL 6
VISUAL: IBU DAN BAPA NUR NILAM MENYERAHKAN BAYI TERSEBUT KERANA MEREKA PUAS DIPUJUK RAYU. MEREKA MENGGANGGAP DIRI MEREKA SEPERTI SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA.
MS 27
MUKA SURAT YANG MENGANDUNGI 6 PANEL.
INTISARI/NARATIF
PANEL 1
VISUAL:
ISTERI BITARA SANGAT GEMBIRA MELIHAT SUAMINYA MEMBAWA PULANG SEORANG BAYI LELAKI YANG SANGAT COMEL. SUDAH LAMA MEREKA INGINKAN SEORANG ANAK. HANYA MASA YANG BELUM MENENTUKAN.
PANEL 2
VISUAL:
PENGHULU TUA MENCARI SEORANG PENGASUH, SIKEMBANG CHINA UNTUK MENGASUH MEGAT ALAM.
PANEL 3
VISUAL: BITARA DAN ISTERINYA TELAH BERCADANG UNTUK MENUKAR NAMA MEGAT ALAM KEPADA ALAM SATRIA JASABAKTI SUPAYA ANAK KECIL INI TIDAK MENGETAHUI ASAL USULNYA APABILA BESAR NANTI.
PANEL 4
VISUAL: DATUK DAN NENEKNYA TIDAK DIBENARKAN BERJUMPA DENGAN ALAM SATRIA. MEREKA MERASA KECEWA KERANA DITIPU OLEH KELUARGA PENGHULU. MEREKA RASA TERKILAN LALU MENINGGALKAN NEGERI ITU.
PANEL 5
VISUAL:IBU DAN BAPA NUR NILAM SARI TELAH BERJAYA MENYELAMATKAN DIRINYA DAN TIBA DI SEBUAH NEGERI DI TANAH MERAH.DI SANA MEREKA DIBERI PERLINDUNGAN OLEH RAJA YANG ADIL LAGI SAKSAMA – OYANG NAN PRONG
KAPSYEN:
TANAH MERAH
NARATIF: SEBUAH NEGERI KERAJAAN MELAYU TUA.
PANEL 6
VISUAL: LANGKUIK SI HELANG MERAH BERUSAHA BERSUNGGUHNYA UNTUK MENGHAPUSKAN WARIS MEGAT KEMBAR ALI DAN WAN NILAM PURI. DIA MENGARAHKAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA MENJEJAK KE MANA SAHAJA
PANEL 7
VISUAL:
PADUKANG SALANG DAN GAGAK HITAM BEJAYA MENJEJAK PUTRI LIMAU PURUT YANG BERSEMBUNYI DEKAT SEBUAH HUTAN.
MS 28
MUKA SURAT YANG MENGANDUNGI 6 PANEL.
PANEL 1
VISUAL: KELIHATAN SEORANG WANITA DALAM KEADAAN YANG SUKAR BERUSAHA MENYELAMATKAN DIRINYA DARI MERBAHAYA.
KAPSYEN:
PUTERI LIMAU PURUT DENGAN ANAKNYA WAN PERKASA
PANEL 2
VISUAL: KEADAAN HAMPIR GELAP, PUTERI LIMAU PURUT BERUSAHA MELARIKAN DIRINYA DISEBALIK POKOK-POKOK DALAM RIMBA ITU. DITANGANNYA SEORANG ANAK KECIL YANG DIBUNGKUS DALAM KENDONGANNYA.
KAPSYEN: BUKIT DAN BUKAU SANGGUP KU DAKI, LUTRAH DAN CENURAM SANGGUP KU TURUNI.
PANEL 3
VISUAL: DI BELAKANGNYA KELIHATAN 2 ORANG LELAKI BERTUBUH SASA SEDANG BERUSAHA UNTUK MENJEJAKINYA.
KAPSYEN:
PANEL 4 , PANEL 5 DAN PANEL 6
VISUAL: SEQUENTIAL PANELS (BABAK YANG BERTURUTAN)
WAJAH MEREKA KELIHATAN SUNGGUH BENGIS
KAPSYEN:
LANGKUIK SI HELANG MERAH
KAPSYEN:
GAGAK HITAM
KAPSYEN:
PADUKANG SALANG
MS 29
MUKA SURAT YANG MENGANDUNGI 7 PANEL.
VISUAL: MUKASURAT INI MENGGAMBARKAN DRAMA PUTERI LIMAU PURUT MENGHADAPI JERIH PAYAH MENYELAMATKAN DIRINYA DAN ANAK KECILNYA DARI ANCAMAN.
DUA ORANG PENGIKUT LANGKUIK IAITU PADUKANG SALANG DAN GAGAK HITAM TELAH DISERGAH OLEH MAKHLUK YANG BERSIFAT SEPARUH MANUSIA DAN SEPARUH SINGA.
PANEL 1
VISUAL: PUTERI LIMAU PURUT SEDANG MENGENDONG ANAK KECILNYA YANG BARU BERUSIA 1 TAHUN. DIA BERUSAHA MENYELAMATKAN DIRINYA DAN ANAKNYA SUPAYA TIDAK DIJADIKAN MANGSA KEBUASAN LANGKUIK DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA.
KAPSYEN:
NARATIF:
PANEL 2
VISUAL: DENGAN TERMENGAH-MENGAH DIA CUBA BERSEMBUNYI DISEBALIK BELUKAR. LANGKUIK DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA SEMAKIN DEKAT
KAPSYEN:
PANEL 3
VISUAL:AIR MATANYA MENITIS BERJURAI MENGENANGKAN NASIBNYA YANG MALANG. SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA. SUDAHLAH SUAMI KESAYANGANNYA WAN NILAM PURI GUGUR DIPUSARAKAN DI PULAU PERHENTIAN. APAKAN DAYANYA TIADA KUASA DIA MENENTANG LANGKUIK.
PANEL 4
VISUAL: PADUKANG SALANG DAN GAGAK HITAM MELIBAS-LIBAS SENJATA MEREKA. MUJUR TIDAK MENGENA PUTERI LIMAU PURUT YANG SEDANG BERSEMBUNYI.
KAPSYEN:
PANEL 5
VISUAL: TIBA-TIBA ANAKNYA MENANGIS MEMINTA SUSU. TANGISAN ANAK KECIL ITU MEMECAH KESUNYIAN HUTAN BELUKAR. UNGGAS-UNGGAS PUN BERTERBANGAN.
KAPSYEN:
PANEL 6
VISUAL:
KAPSYEN:
PADUKANG SALANG : DI SITU MEREKA BERSEMBUNYI.
GAGAK HITAM : AYUH, KITA TANGKAP ISTERI SIBEDEBAH ITU. KITA PERSEMBAHKAN KEPADA PANGLIMA LANGKUIK.
PANEL 7
VISUAL:BABAK PADUKANG SALANG DAN GAGAK HITAM MENCARI ISTERI DAN ANAK KECILNYA.
KAPSYEN:
PADUKANG SALANG : LALU, APA YANG KITA AKAN LAKUKAN DENGAN BUDAK INI?
GAGAK HITAM : MAHU APA DISIMPAN, KELAK NANTI KITA JUA MENDAPAT SUSAHNYA.
PADUKANG SALANG : BERGELIGA SUNGGUH, KAMU INI.TIDAK SANGKA PULA AKU MELIHHAT KAMU YANG SEPERTI KERBAU DICHUCUK HIDUNG KAH KAH KAH.
GAGAK HITAM : HAH BARU SEKARANG KAMU MENGAKUI KEBIJAKAAN AKU. AIR YANG TENANG JANGAN DISANGKA TIDAK ADA BUAYA. KAH KAH KAH!
MS 30
MUKA SURAT YANG MENGANDUNGI 6 PANEL YANG DRAMATIK DARI PANEL 1 HINGGA 6
PANEL 1
VISUAL:
KAPSYEN:
NARATIF: TANPA MENGHIRAUKAN JERITAN DAN RAYUAN PUTERI LIMAU PURUT, MEREKA MERENTAP ANAK KECIL YANG DIBUNGKUS DENGAN SEHELAI KAIN BERSULAM EMAS LALU DILEMPARKAN KE BAWAH LEMBAH.
PANEL 2
VISUAL:
KAPSYEN:
NARATIF:ANAK KECIL ITU MELAYANG JATUH DARI ATAS. NASIB DAN TAKDIR BAKAL MENENTUKAN SEGALANYA.
PANEL 3
VISUAL:
KAPSYEN:
NARATIF:GAGAK HITAM DAN PADUKANG SALANG PUN BERPALING UNTUK MENANGKAP PUTERI LIMAU PURUT.WAJAH MEREKA KELIHATAN AMAT BENGIS
PANEL 4
VISUAL:
KAPSYEN:
NARATIF:BELUM SEMPAT MEREKA BERBUAT DEMIKIAN MUNCUL SATU LEMBAGA YANG BERSEMBUNYI DARI ATAS POKOK. LALU DIA BERDIRI DI HADAPAN GAGAK HITAM DAN PADUKANG SALANG.
PANEL 5
VISUAL:
KAPSYEN:
NARATIF:RUPANYA AMAT MENAKUTKAN. BERBADAN SEPERTI MANUSIA DAN BERWAJAH SEPERTI SINGA DAN KETINGGIANNYA 7 KAKI. MATANYA BERSINAR KEMERAH-MERAHAN, MENAMPAKKAN TARING DAN GIGI YANG AMAT TAJAM. KUKUNYA PERSIS SINGA YANG SEDANG BERSIAP SEDIA MENCAKAR MANGSA.
PANEL 6
KAPSYEN:
SAHABAT ALAM
MANUSIA SEPARUH SINGA ITU BERPALING KE ARAH PUTERI LIMAU PURUT MENAMPAKKAN WAJAHNYA YANG MENAKUTKAN.
MS 31
MUKA SURAT YANG MENGANDUNGI 6 PANEL.
PANEL 1
VISUAL:
KAPSYEN:
NARATIF: PUTERI LIMAU PURUT AMAT TAKUT MELIHAT WAJAH SAHABAT ALAM YANG MENGGERIKAN. DIA TERKEJUT LALU JATUH PENGSAN MELIHAT WAJAH MANUSIA SEPARUH SINGA YANG SANGAT BURUK.
PANEL 2 DAN PANEL 3
VISUAL:
KAPSYEN:
DENGAN SUARANYA YANG GARAU DAN GARANG MANUSIA SEPARUH SINGA TELAH BERJAYA MENCEDERAKAN GAGAK HITAM DAN PADUKANG SALANG
SFX: GRRRRR…GRRRRRR
SUARA TERIAKAN MEREKA MEMECAHKAN KESUNYIAN.
SFX: ARGHHHHHH…. ARGHHHHHHHHH
PANEL 4
VISUAL: LEMBAGA SEPARUH SINGA ITU KEMUDIANNYA MENGANGKAT PUTERI LIMAU PURUT KE DALAM SEBUAH GUA YANG LETAKNYA AGAK JAUH DARI TEMPAT KEJADIAN TERSEBUT.
PANEL 5
VISUAL: DI SITU DIA CUBA MEMBERI RAWATAN KEPADANYA YANG PENGSAN. NAMUN SEGALA CUBAANNYA GAGAL KERANA PUTERI LIMAU PURUT PUN SUDAH KEMBALI KE RAHMATULLAH.
KAPSYEN: PUTERI LIMAU PURUT SUDAH MENGHEMBUS NAFASNYA.
PANEL 6
VISUAL:
ANAK KECIL YANG DILEMPAR OLEH GAGAK HITAM TELAH BERJAYA DISELAMATKANNYA. SETELAH MENGUBURKAN JASAD PUTERI LIMAU PURUT, SAHABAT RIMBA PUN MEMBAWA ANAK KECIL ITU JAUH KE DALAM HUTAN.
MS 32
MUKA SURAT YANG MENGANDUNGI 5 PANEL.
KAPSYEN:
PANEL 1
VISUAL: SAHABAT RIMBA MELETAKAN ANAK ITU BEHAMPIRAN DENGAN SEBUAH ANAK SUNGAI. DIA PUN BERUSAHA MENCARI MAKANAN.
KAPSYEN:
PANEL 2
VISUAL: ANAK ITU KELIHATAN AMAT COMEL. TERDAPAT KALONG BERUPA DAUN PERAK YANG DIIKAT PADA LEHERNYA. ANAK ITU KEMUDIANNYA MENANGIS KELAPARAN.
KAPSYEN:
PANEL 3
VISUAL: TANGISAN ITU MENGEJUTKAN SAHABAT RIMBA, DIA PUN AMAT GELISAH. NALURINYA SEPARUH MANUSIA DAPAT MERASAI KEINGINAN SEORANG ANAK KECIL. LALU IA BERGEGAS UNTUK KEMBALI KE TEMPAT TERSEBUT.
KAPSYEN:
PANEL 4
VISUAL: SAHABAT RIMBA KEMBALI DENGAN SEBUAH BEKAS YANG DIPERBUAT DARIPADA DAUN KELADI. DI DALAMNYA BERISI AIR MINUMAN DAN SEDIKIT BUAH-BUAHAN.
KAPSYEN:
PANEL 5
VISUAL:
KAPSYEN:
NARATIF: DIA AMAT HAIRAN MENGAPA TANGISAN TADI SUDAH SENYAP . APAKAH YANG TERJADI KEPADA ANAK ITU? BARANGKALI ADA BINATANG BUAS SUDAH MEMBAHAMNYA???
MS 33
MUKA SURAT YANG MENGANDUNGI 8 PANEL.
PANEL 1
VISUAL:
KAPSYEN:
NARATIF: SAHABAT RIMBA MENDAPATI SEEKOR KIJANG EMAS SEDANG BERADA BERDEKATAN DENGAN ANAK KECIL ITU.
KAPSYEN:
NARATIF: SEPERTI ANAKNYA, SI KIJANG EMAS SEDANG MENYUSUI NAK KECIL ITU.
PANEL 2
VISUAL:
SAHABAT RIMBA : OH KAMU RUPANYA PUTERI SI KIJANG EMAS.
PANEL 3
VISUAL: SEBAGAI PENGHUNI RIMBA, SAHABAT RIMBA ADALAH SEORANG PENYELAMAT HAIWAN-HAIWAN DARIPADA DIBURUI. DIA ADALAH SEORANG MANUSIA YANG TELAH DIKENAKAN SUMPAH LALU MENJADI BEGITU RUPA.
PANEL 4
VISUAL: SAHABAT RIMBA KINI SUDAH MEMPUNYAI TEMAN. SELAMA INI DIA SERING BERSENDIRIAN MENGENANGKAN NASIBNYA YANG AMAT MALANG.
PANEL 5
VISUAL: ANAK KECIL ITU SEMAKIN MEMBESAR DAN TINGKAH LAKUNYA KADANG-KALA NAKAL SEKALI.
KAPSYEN
NARATIF: MULAI SAAT ITU, SI KIJANG EMAS SERING DATANG UNTUK MENEMANI DAN MENYUSUI ANAK KECIL ITU YANG KIAN MEMBESAR.
PANEL 6
VISUAL: TINGKAH LAKU ANAK KECIL ITU PERSIS HAIWAN YANG BERTUBUH BADAN MANUSIA. SEGALA PERGERAKKANNYA ADALAH CERMINAN KEPADA SAHABAT RIMBA.
KAPSYEN:
NARATIF: MASA SILIH BERGANTI DENGAN PANTAS.ANAK KECIL ITU BERUSIA 5 TAHUN
KAPSYEN:
SAHABAT RIMBA PULA MENGAJAR ANAK KECIL ITU.
SEGALA KEPANDAIANNYA TENTANG HUTAN DAN SEISINYA.
PANEL 7
KAPSYEN:
VISUAL:TINGKAH LAKU ANAK KECIL ITU PERSIS HAIWAN YANG BERTUBUH BADAN MANUSIA. SEGALA PERGERAKKANNYA ADALAH CERMINAN KEPADA SAHABAT RIMBA.
KETANGKASANYA BERLARI SEPERTI KIJANG, BERBURU SEPERTI SANG HARIMAU BELANG, MEMANJAT SEPERTI SANG HARIMAU BINTANG DAN BERENANG SEPERTI SANG BEDAL.
PANEL 8
VISUAL: SAHABAT RIMBA DAN SIKIJANG AMAT PANTAS BERLARI DAN MEMBELAH HUTAN. APABILA MELIHAT PERKASA KELETIHAN SAHABAT RIMBA AKAN BERHENTI BEREHAT DAN MELETAK PERKASA DI KEPALA BAHUNYA, ANAK KECIL ITU AKAN KETAWA
KAPSYEN: SAHABAT RIMBA DAN SIKIJANG EMAS CUBA MENGELAK DARI BERTEMU DENGAN MANUSIA.
TEXTBOX 1
SEGALA PESANAN ITU AKAN MENJADI INGATAN PERKASA
TEXTBOX 2
KAPSYEN:
KETIKA USIANYA MENCECAH 10 TAHUN.
TEXTBOX 3
KAPSYEN:
PERKASA DI BAWA KE PUSARA IBUNYA.
TEXTBOX 4
KAPSYEN:
DI SITU TEMPAT IBUNYA BERSEMADI SELAMA-LAMANYA.
TEXTBOX 5
KAPSYEN:
DIA BERTAFAKKUR DI PUSARA IBUNYA.
MS 34
MUKA SURAT YANG MENGANDUNGI 4 PANEL.
PANEL 1
VISUAL: BABAK SAHABAT RIMBA, SIKIJANG EMAS DAN PERKASA BERJALAN-JALAN DITEPI HUTAN. MEREKA SUDAH TIBA DIPINGGIR SEBUAH JALAN.
KAPSYEN
NARATIF:
PANEL 2
NARATIF: PESANAN MEREKA IALAH SUPAYA IANYA TERUS BELAJAR UNTUK MENJADI MANUSIA BIASA.
KAPSYEN
VISUAL: MEREKA MENINGGALKAN PERKASA DISITU. SEPASANG SUAMI ISTERI SEDANG MENCARI KAYU API. KETIKA SI SUAMI SEDANG MENEBANG POKOK, TIBA-TIBA SI ISTERI MEMANGGILNYA.
ISTERI PENCARI KAYU : OOII BANG PETOLA, KEMARI SEKEJAP”
PENCARI KAYU API : APA YANG KAMU JERITKAN ITU, BUKAN NAMA AKU NI ALANG
ISTERI PENCARI KAYU : BANG ALANG OI, AKU INI SELALUNYA SEDIKIT PELUPA.
PENCARI KAYU API : KAMU KENALAH BERPANTANG SEDIKIT. BUKANKAH KITA INI BERADA DIDALAM HUTAN BELUKAR.
ISTERI PENCARI KAYU : JANGANLAH ABANG MEREPEK YANG BUKAN-BUKAN.
PENCARI KAYU API : NANTI DATANG HANTU SEJARANG GIGI BARU KAMU TAHU.”
ISTERI PENCARI KAYU : CUBA TENGOK INI. ANAK SIAPA GERANGAN INI?
PENCARI KAYU API : HAH! SIAPA GERANGAN KAMU INI?
PANEL 3
VISUAL:
MEREKA AMAT TERKEJUT MELIHAT SEORANG BUDAK LELAKI YANG BERUSIA 10 TAHUN ITU BERDIRI TEGAP DI SITU. BUDAK ITU HANYA MENDIAMKAN DIRI.
PANEL 4
ISTERI PENCARI KAYU : SIAPA IBU BAPA KAMU?
PERKASA : NAMA AKU PERKASA, YATIM PIATU. DARI KECIL AKU TIDAK PERNAH MELIHAT IBU DAN BAPA AKU.
ISTERI PENCARI KAYU : JADI, BAGAIMANA KAMU BOLEH BERADA DI HUTAN RIMBA INI?’
PERKASA : PANJANG CERITANYA , SEDARI KECIL AKU DIPELIHARA OLEH SAHABAT RIMBA DAN SI KIJANG EMAS.
PANEL 5
VISUAL:
KAPSYEN
NARATIF: DI PONDOK BURUK SEPASANG SUAMI ISTERI PENCARI KAYU API.
PERKASA : INI LOKET DAUN PERAK PENINGGALAN DAN KAIN TENUNAN EMAS PENINGGALAN IBU AKU.
MAK ALANG : OH, KALAU BEGITU KAMU INI ANAK PUTERI LIMAU PURUT.
MAK ALANG : DIRIWAYATKAN ORANG, IBU KAMU TELAH MENGHILANGKAN DIRI SETALAH BAPAMU MENINGGAL DUNIA.”
PAK ALANG :
PERKASA : SIAPA NAMA BAPA AKU?
MS 35
MUKA SURAT YANG MENGANDUNGI 8 PANEL.
LOKASI DI RUMAH PENGHULU
PANEL 1
KAPSYEN:
TEXTBOX 1
AWANG KERAK NASI
VISUAL: AWANG KERAK NASI SEDANG BERCERITA DENGAN MAYANG SARI YANG KETIKA ITU BERUSIA 5 TAHUN. AMAT PETAH SEKALI DIA BERCAKAP DAN MENGAJUKAN SOALAN.
AWANG KERAK NASI : BEGITULAH CERITANYA, WAN NILAM PURI DIKATAKAN DIBUNUH OLEH LANGKUIK.
MAYANG SARI : JADI BAGAIMANA PULA DENGAN MEGAT KEMBAR ALI?
AWANG KERAK NASI : SYHHHH…
(SAMBIL MEMBERI ISYARAT SUPAYA TIDAK MEMBUAT BISING.)
PANEL 2
VISUAL:
AWANG KERAK NASI : PANJANG CERITANYA. MEGAT KEMBAR ALI TELAH KEMBALI KE SINI SETELAH DIKALAHKAN OLEH LANGKUIK.
MAYANG SARI : JADI MEGAT ITU DIHUKUM DIATAS KESALAHAN ITULAH.
AWANG KERAK NASI : ADA ORANG BERCERITA MENGATAKAN MEGAT ITU MEMBIARKAN WAN NILAM PURI DIBUNUH OLEH LANGKUIK.
PANEL 3
VISUAL:
AWANG KERAK NASI : ITU CUMA FITNAH ORANG, MANA MUNGKIN MEGAT MEMBIARKAN NILAM PURI DIBUNUH BEGITU SAHAJA.
AWANG KERAK NASI : SEDANGKAN DIA SENDIRI TELAH HAMPIR LUMPUR.
MAYANG SARI : JADI SIAPAKAN YANG MELOLOSKAN IKATAN MEGAT?
PANEL 4
VISUAL:
AWANG KERAK NASI : TIADA SIAPA YANG TAHU? MUNGKIN JEMBALANG AIR KOT”
MAYANG SARI : ABANG AWANG, JANGAN MAIN-MAINKAN KITA, PULAK. NANTI KITA MEMBERITAHU AYAH KITA.
PANEL 5
VISUAL:
AWANG KERAK NASI : SYHHHHH..JANGAN BEGITU, MAYANG YANG JELITA.”
AWANG KERAK NASI : KETIKA DATUK MAYANG MENYURUH ABANG AWANG PERGI SEMULA KE DIHUJUNG TANJUNG.
ABANG AWANG TERNAMPAK BEKAS TAPAK KAKI YANG AGAK PELIK MENUJU KE SITU.”
PANEL 6
VISUAL:
AWANG KERAK NASI: ABANG AWANG AMAT TERKEJUT MELIHAT BEKAS UNTAIAN TALI DIKERAT ORANG. MUNGKIN ADA SESORANG YANG MENYELAMATKANNYA.”
PANEL 7
VISUAL:
MAYANG SARI : BARANGKALI ABANG AWANG YANG MENYELAMATKANNYA? (CUBA SERKAP JARANG)
AWANG KERAK NASI : MANALAH ABANG AWANG BUAT KERJA MACAM ITU.
MAYANG SARI : JADI SIAPA GERANGAN YANG BERBUAT DEMIKIAN?
PANEL 8
VISUAL: SEBENTAR KEMUDIAN DATANG SEORANG ANAK LELAKI YANG SEBAYA DENGAN PERKASA. LAGAKNYA PERSIS ANAK ORANG BAIK-BAIK, BERPAKAIAN KEMAS DAN ELOK RUPA PARASNYA.
KAPSYEN:
ALAM SATRIA
ALAM SATRIA : APA YANG DIBUALKAN DENGAN ABANG AWANG INI. SUNGGUH ASYIK SEKALI, NAMPAKNYA.
MAYANG SARI : TIADA APA-APALAH, MAYANG CUMA BERMAIN TEKA TEKI DENGANNYA.
ALAM SATRIA : TEKA TEKI APA PULAK?
VISUAL: AWANG KERAK NASI KELIHATAN TERGAGAP-GAGAP HINGGA MENAMPAKKAN KELUCUAN.
AWANG KERAK NASI : BEGINI…ERMM ERMM. AYAM APA BERTELUR DI DAHI?
(DIA TERGAGAP-GAGAP CUBA MENUKAR TOPIK PERBUALAN.)
MAYANG SARI : HAHAHA…LUCU SEKALI TEKA TEKI ABANG AWANG.
(MEREKA SAMA-SAMA KETAWA KERANA LAWAK AWANG KERAK NASI ITU.)
MS 36
MUKA SURAT 36 INI MENGANDUNGI 8 PANEL
PANEL 1
VISUAL: LOKASI DI PERKARANGAN RUMAH PENGHULU.
KAPSYEN:
RUMAH PENGHULU
PANEL 2
VISUAL:
KAPSYEN:
MAJLIS KERAMAIAN SEDANG DIADAKAN UNTUK MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN MAYANG SARI YANG KE 5.
PANEL 3
VISUAL: RAMAI PENGUNJUNG DATANG MEMBAWA BARANGAN BERUPA HADIAH. ADA YANG MENGUCAPKAN SELAMAT KEPADA PUTERI KESAYANGAN PENGHULU SERENDAH KEBUN BUNGA.
PANEL 4
VISUAL: ISTERI DAN PENGHULU KELIHATAN BERSALAM-SALAM DENGAN PARA JEMPUTAN. MAKAN MINUM DAN PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN DIADAKAN
KAPSYEN: ISTERI PENGHULU SERI BITARA
PANEL 5
VISUAL: DALAM MAJLIS TERSEBUT, KELIHATAN PELBAGAI BANGSA DAN KAUM DIJEMPUT HADIR. PEDAGANG DARI CHINA, MA HUANG ZHE DAN ANAK-ANAK BUAHNYA TURUT MENGHADAP PENGHULU.PEDAGANG DARI CANTON ITU
KAPSYEN: PEDAGANG DARI CHINA, MA HUANG ZHE
MA HUANG ZHE : PENGHULU, INI SAYA ADA BAWA SEDIKIT BUAH TANGAN DARI CANTON. SATU PERSALINAN SUTERA YANG CUKUP HALUS BUATANNYA.
PENGHULU S/ BITARA : OH YA KAH? BANYAK BAGUS SUTERA INI. BOLEH TUAN MA PERKENALKAN SIAPAKAH PEMBANTU-PEMBANTU TUAN MA INI?
MA HUANG ZHE : OH INI SEMERLUKI, SAYA PUNYA PENGAWAL KESELAMATAN DARI MAKASSAR.INI PULA PEMANAH HELANG BERASAL DARI MONGOLIA.
PANEL 6
VISUAL: SEMERLUKI ATAU MEGAT KEMBAR ALI PUN DAN PEMANAH HELANH PUN BERSALAMAN DENGAN PENGHUKU BITARA. SEMERLUKI BERHARAP PENGHULU DAN ORANG-ORANG DI MAJLIS ITU TIDAK MENGENALINYA DENGAN PENYAMARANNYA ITU.
KAPSYEN:
NARATIF: SEMERLUKI DIPINTA MEMBAWA BEBERAPA PERSALINAN KAIN SUTERA YANG HALUS BUATANNYA UNTUK DIPERSEMBAHKAN KEPADA MAYANG SARI.
KAPSYEN:
PANEL 7
VISUAL: ALAM SATRIA KELIHATAN SUNGGUH SEGAK. MAYANG SARI YANG MASIH SUNTI KELIHATAN BERDIRI BERSEBELAHAN PENGHULU.DAN ISTERINYA.SEMERLUKI SEMPAT MEMERHATIKAN KEPADA MAYANGSARI, ALAM SATRIA.
PENGHULU : INI SAYA KENALKAN ANAK LELAKI SAYA SATRIA ALAM DAN INI PULA MAYANGSARI.
MA HUANG ZHE : CANTIK SEKALI ANAK-ANAK TUAN PENGHULU. TAPI YANG LELAKI ITU AGAK BERLAINAN SEKALI RUPA PARASNYA TIDAK SAMA MACAM TUAN PENGHULU, BARANGKALI MENGIKUT IBUNYA.
PENGHULU : OH…PANDAILAH TUAN MA MEMUJI SAYA TINGGI MELANGIT.
(PENGHULU TERASA PUJIAN ITU MEMERANGKAPNYA. DIA CUBA MENYEMBUNYIKAN RAHSIA YANG SEBENAR.)
PANEL 8
VISUAL: SEMERLUKI TERINGAT AKAN ISTERINYA. DIA CUBA MENYEMBUYIKAN KESEDIHANNYA. ALANGKAH BERTUAHNYA KALAU DIA DAPAT BERSAMA-SAMA DENGAN ISTERI KESAYANGANNYA.
PANEL 9
VISUAL: MATANYA MENITIS AIR MATA DAN DIA CUBA MENYEMBUNYIKAN PERASAANNYA. PEMANAH HELANG DAPAT MERASAKAN APA YANG DIRASAKAN OLEH SEMERLUKI.
LALU MEREKA MENINGGALKAN MAJLIS ITU TANPA DISEDARI OLEH TUAN PUNYA MAJLIS.
(TAMAT EPISOD KE 3)
Saturday, January 14, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment