Saturday, January 14, 2006

EPISOD 2 : MENDAM JELABAB LANGKUIK SI HELANG MERAH

EPISOD 2 : MENDAM JELABAB LANGKUIK SI HELANG MERAH

LOKASI : WILAYAH KELAUTAN (MARITIM) DAN KEPULAUAN TELUK SIAM SERENDAH KEBUN BUNGA

SKRIP KOMIK :

MS 15

FOKUS KITA KEMUDIAN PADA MUKA SURAT YANG MENGANDUNGI 1 PANEL BACKGROUND DAN 5 FLOATING PANEL YANG LEBIH KECIL.

PANEL 1
VISUAL:DARI PERSPEKTIF MATA BURUNG NAMPAK BUMBUNG MAHLIGAI PENGHULU BITARA. POKOK-POKOK DAN BANGUNAN SEKITARNYA NAMPAK JELAS DARI UDARA.

PANEL 2
VISUAL:DI BAHAGIAN LATARNYA DARI SUDUT PERSPEKTIF PANDANGAN BAWAH, NAMPAK JELAS BAHAGIAN UTAMA MAHLIGAI PENGHULU BITARA. SUASANA YANG AGAK DAMAI DENGAN KEHIJAUAN SEMULA JADI.

PANEL 3
VISUAL:SUASANA KELIHATAN AMAT DAMAI. PENDUDUK-PENDUDUK MENJALANI KEHIDUPAN HARIAN.URUSAN DAGANGAN DIJALANKAN SEPERTI BIASA DI PELABUHAN.

PANEL 4
VISUAL: KANAK-KANAK KELIHATAN RIANG BERMAIN DALAM KELOMPOK MEREKA.

PANEL 5
VISUAL:ORANG-ORANG TUA KELIHATAN BERSANTAI DI WARUNG-WARUNG KOPI BERMAIN DAM.

PANEL 7
VISUAL:PENGHULU BITARA HADIR DITENGAH PASAR MENINJAU DAN MELIHAT KEADAAN DI SITU. DIA AMAT GEMBIRA KEAMANAN DAPAT DILAKSANAKAN TANPA ADA YANG MENGUSARKAN HATINYA.

M/S 16
IMBAS KEMBALI

MENGANDUNGI 8 PANEL
PANEL 1
VISUAL:DERUAN OMBAK SEOLAH-OLAH MENYERU LANGKUIK DAN MENDAM JELABAB MENJELAJAH WILAYAH KELAUTAN YANG DIKUASAINYA.

NARATIF: SAMUDERA YANG LUAS TERBENTANG ITU MENJADI MEDAN PERMAINANNYA.

PANEL 2
VISUAL: DI SEBUAH GUA DIHUJUNG TANJUNG SEBUAH PULAU. SEBUAH KAPAL BERLABUH, MEMPERLIHATKAN KEPERKASAAN DENGAN BINAAN DARIPADA KAYU JATI. STRUKTUR BINAAN KAPAL MENDAM JELABAB CUKUP KUKUH.

KAPSYEN:
MENDAM JELABAB

PANEL 3
VISUAL:
KAPSYEN:

MENDAM JELABAB MILIK LANGKUIK SI HELANG MERAH CUKUP DIGERUNI PEDAGANG-PEDAGANG YANG MELALUI PESISIR PANTAI WILAYAH KELAUTAN CHINA SELATAN

PANEL 4
VISUAL:PANGLIMA LANGKUIK SI HELANG MERAH KELIHATAN BERDIRI MEGAH DIHALUAN MENDAM JELABAB. DIA MENOLEH DAN MEMERHATI KE ARAH MATA ANGIN.
KAPSYEN:
LANGKUIK SI HELANG MERAH

PANEL 5
VISUAL:KELIHATAN LAYAR BERBENTUK LAYANG-LAYANG YANG HUJUNGNYA MENJURAI BERKEMBANG DITIUP ANGIN. BENDERA HITAM BERCORAK KERIS DAN BERHULU TENGKORAK KELIHATAN MEGAH.

PANEL 6
VISUAL:ANAK-ANAK BUAH SI LANGKUIK KELIHATAN SEDANG BERSIAP SEDIA MENERIMA ARAHAN. TUBUH MEREKA YANG BERSAWO MATANG KELIHATAN SASA. MEREKA SIAP DENGAN PELBAGAI RUPA SENJATA.

PANEL 7

LANGKUIK : WAHAI ANAK-ANAK BUAH KU SEKELIAN

LANGKUIK : KITA ADA RANCANGAN YANG PERLU DILAKSANAKAN

VISUAL:SEBENTAR KEMUDIAN HINGGAP SEEKOR BURUNG HELANG DI KEPALA BAHUNYA. PARUHNYA KELIHATAN AMAT TAJAM.

KAPSYEN:

HELANG MERAH DURJANA SAKTI

PANEL 8
VISUAL:SAUH SUDAH SIAP DIANGKATKAN DAN SEBENTAR KEMUDIAN MENDAM JELABAB BELAYAR MENINGGALKAN PERSEMBUNYIANNYA MENUJU KE SUATU DESTINASI. MENDAM JELABAB DIIRINGI BEBERAPA BUAH KAPAL-KAPAL KECIL.

M/S 17

MUKASURAT YANG MENGANDUNGI 8 PANEL

PANEL 1
VISUAL:LANGKUIK SEDANG BERDIALOG DAN MENGARAHKAN DENGAN PENGIKUT SETIANYA GAGAK HITAM, THONGSAI.

GAGAK HITAM : KE MANA KITA KALI INI, PANGLIMA?

LANGKUIK : HAHAHA.SUDAH GENAP 7 PURNAMA KITA TIDAK KEMBALI KE PERIMULA INI.

PANEL 2
THONGSAI : KHABARNYA MANDALIKA PERIMULA SEDANG BERBAIK-BAIK DENGAN MANDALIKA INDERAPURA

GAGAK HITAM : BENAR APA YANG DIPERKATAKAN PANGLIMA



PANEL 3
VISUAL:

THONGSAI : KEDUA-DUA MANDALIKA ITU SEDANG BERSIAP-SIAP UNTUK MENGHANTAR BUNGA EMAS KE BAWAH DULI RAJA LIGOR
PANEL 4
VISUAL:

GAGAK HITAM : OH KALAU BENAR SEPERTI YANG DIKHABARKAN, KITA AKAN MENJARAH DAN MERAMPAS PENGHANTARAN ITU SEBELUM IA SAMPAI KE LIGOR
PANEL 5
VISUAL: GENDANG PERANG DONGSONG YANG DIPERBUAT DARI TEMBAGA GENDANG DONGSONG INI BERASAL DARI KAMPUCHEA/KEMBOJA SEKARANG INI. IANYA DIPALU BERTALU-TALU. AMAT BINGIT SEKALI PALUAN TERSEBUT HINGGA MEMECAH KEDAMAIAN.

SFX: DONG DONG DONG
KAPSYEN:
GENDANG PERANG DONGSONG

PANEL 6
VISUAL: KELIHATAN ANGKATAN PERANG YANG DIKETUAI MEGAT KEMBAR ALI. WAN NILAM PURI SERTA ORANG-ORANG MEREKA SUDAH BERSIAP SEDIA MENGAWAL PERAIRAN.

KAPSYEN:
ANGKATAN PERANG YANG DIKETUAI MEGAT KEMBAR ALI DAN WAN NILAM PURI SUDAH BERSIAP SEDIA MENGAWAL PERAIRAN PESISIR PANTAI.

PANEL 7
VISUAL: DENGAN DIBEKALKAN SEMANGAT JUANG DAN KEPENDEKARAN ANAK-ANAK BUAH MEREKA INGIN TURUT MEMPAMERKAN KEPENDEKARAN MASING-MASING.

PANEL 8
VISUAL: KELIHATAN MEGAT KEMBAR ALI BERDIRI DIHADAPANNYA. WAKAJNYA AMAT CEMAS.

KAPSYEN:
NARATIF: MEGAT KEMBAR ALI YANG BERDIRI DI HADAPAN KAPALNYA SI JENJANG BANGAU PUTIH KELIHATAN AMAT CEMAS APABILA TERDENGAR BUNYI PALUAN GENDANG PERANG LANGKUIK.

TEXTBOX 1

KAPSYEN:
NARATIF: DIA DAPAT MENGAGAK MENDAM JELABAB KINI BERADA DI PESEKITARAN.
TEXTBOX 2

KAPSYEN:
NARATIF: SUDAH PASTI PERANG TIDAK LAMA LAGI AKAN BERLAKU.YANG AMAT DAHSYAT.
TEXTBOX 3

MS 18

MUKA SURAT INI MENGANDUNGI 5 PANEL


PANEL 1
VISUAL:LANGKUIK KELIHATAN TERSENYUM GEMBIRA LANTAS MENGARAHKAN ANAK-ANAK BUAHNYA BERSIAP SEDIA.

KAPSYEN:
TEXTBOX

ARAHANNYA JARANG SEKALI DIBANTAH. JIKALAU ADA YANG CUBA MEMBANTAH, ALAMATNYA SENGAJA MENEMPAH MAUT.

PANEL 2
VISUAL: LANGKUIK MENINGGALKAN ANAK-ANAK BUAHNYA LALU MENUJU KE SEBUAH TEMPAT YANG DIBINA KHAS DI BAHAGIAN KEMUDI KAPALNYA.

PANEL 3

KAPSYEN:
KAMAR SANG RAJAWALI

NARATIF: KAMAR SANG RAJAWALI, TEMPAT LANGKUIK BERISTEREHAT DAN DISITU JUA DIA MERANCANG STRATEGI KELIHATAN DI SATU SUDUT DALAM KAPALNYA.

PANEL 4
VISUAL: SEORANG PEREMPUAN YANG AGAK JELITA DALAM USIA 30AN MENGHAMPIRI LANGKUIK. DI TANGANNYA SUDAH SIAP SEDIA MINUMAN KEGEMARAN LELAKI YANG BERTUBUH SASA.

KAPSYEN:
CEMPAKA SARI
TEXTBOX1

PANEL 5
VISUAL: DI WAJAH CEMPAKA SARI KELIHATAN AMAT CEMAS.

MS 19

MUKA SURAT INI MENGANDUNGI 8 PANEL.

PANEL 1
VISUAL: KITA SETERUSNYA BEREDAR KE BABAK YANG BERIKUT. GENDANG PERANG YANG DIPERBUAT DARIPADA TEMBAGA SUDAH DIPALU ORANG. KELIHATAN BURUNG-BURUNG BERTERBANGAN DALAM PANEL YANG BERIKUT KERANA BUNYI BINGIT TERBIT DARI PALUAN GENDANG ITU.


KAPSYEN:

NARATIF:GENDANG PERANG DONGSONG PUN DIPALU ORANG. BERTALU-TALU BUNYINYA GEGAK GEMPITA SEISI ALAM. UNGGAS-UNGGAS PUN KELIHATAN AMAT TAKUT LALU BERTEMPIRAN TERBANGNYA.
TEXTBOX 1

SFX: DONG… DONG… DONG… DONG
PENERANGAN: GENDANG DONGSONG TEMBAGA YANG DIPERBUAT OLEH ORANG HOABINH BERASAL DARI KEMBOJA. ARTIFAK INI DITEMUI DI BATU BURUK, KUALA TERENGGANU.

PANEL 2
VISUAL: DALAM BABAK YANG BERIKUTNYA DIPAPARKAN SI JENJANG BANGAU PUTIH, KAPAL LAYAR MEGAT KEMBAR ALI. KELIHATAN NAFIRI DITIUP ORANG -ORANG MEGAT KEMBAR ALI. ADA YANG TUGASNYA MENAIKKAN LAYAR DAN MENAIKKAN SAUH. ADA YANG MEMALU TABUH.

VISUAL: KAPAL SI JENJANG BANGAU PUTIH
KAPSYEN
SI JENJANG BANGAU PUTIH

PANEL 3
VISUAL: KAMERA SETERUSNYA MENUMPUKAN KEPADA KAREKTER WAN NILAM PURI YANG BERDIRI DENGAN SEGAKNYA. LENGANNYA TERSISING BERSIAP SEDIA MENGHADAPI MUSUH. TANGANNYA MENGHUNUS SUNDANG, YANG HALUS BUATANNYA..

PANEL 4
VISUAL: MEGAT KEMBAR ALI PULA SEDANG BERFIRASAT UNTUK MEMULAKAN NASKHAH PERGERAKKAN DALAM PANEL INI, MEGAT KEMBAR ALI MENADAHKAN TANGAN SAMBIL MEMBACA DOA MEMINTA PERTOLONGAN YANG MAHA ESA. TAMBAH DIALOG JIKA PERLU

PANEL 5
VISUAL:KAMERA KEMBALI FOKUS KEPADA PALUAN GENDANG DONGSONG DAN ORANG MENIUP NAFIRI.

NARATIF:BUNYI PALUAN GENDANG DONG SONG DAN TIUPAN NAFIRI PERANG SEIRAMA. MAKIN MENDEBARKAN JANTUNG KEDUA-DUA BELAH PIHAK.

SFX: DONG….. DONG…. DONG…. DONG…

PANEL 7
VISUAL: SETERUSNYA SHOT BERTUKAR KE KAPAL MENDAM JELABAB. LANGKUIK. CEMPAKA SARI KELIHATAN BERDIRI DITEPI PINGGIR MENDAM JELABAB. MEREKA MEMERHATIKAN PERAHU-PERAHU YANG MENGIRINGI MENDAM JELABAB SEDANG MENUJU KE ARAH PIHAK MUSUH.

PANEL 8
VISUAL: KELIHATAN SENYUMAN YANG SINIS DI WAJAH LANGKUIK, SEMENTARA CEMPAKA SARI KELIHATAN AMAT CEMAS SEKALI.

MS 20
MUKA SURAT YANG MENGANDUNGI 8 PANEL.

PANEL 1 DAN PANEL 2 MENGGAMBARKAN PERBUALAN DI ANTARA LANGKUIK SI HELANG MERAH DENGAN PEREMPUAN TAWANANNYA (SIMPANANNYA), CEMPAKA SARI DI ATAS KAPALNYA. KEDUA-DUA PANEL INI (PANEL 1 DAN PANEL 2 ADALAH BABAK YANG BERTURUTAN)

PANEL 1
VISUAL:
LANGKUIK : CUBA ADINDA LIHAT DI HUJUNG SANA.
CEMPAKA SARI : YA, KANDA. ADINDA PUN SEDANG MEMERHATI.

LANGKUIK : SEBENTAR LAGI, ANGKATAN MEREKA AKAN KITA ALAHKAN.

PANEL 2
VISUAL: DIALOG ANTARA LANKUIK SI HELANG MERAH DENGAN CEMPAKA SARI

CEMPAKA SARI : ERMM SIAPAKAH YANG MENGETUAI ANGKATAN ITU?
LANGKUIK : SIAPA LAGI KALAU BUKAN MEGAT KEMBAR ALI DENGAN WAN NILAM PURI.”
LANGKUIK : KENAPA ADINDA KELIHATAN AMAT CEMAS SEKALI
CEMPAKA SARI : TIADA APA-APA YANG MENGUSARKAN FIKIRAN ADINDA.

PANEL 3

VISUAL:FOKUS KEPADA BABAK DI ATAS KAPAL SI JENJANG BANGAU PUTIH

KAPSYEN:
NARATIF: SEMENTARA ITU DI ATAS SI JENJANG BANGAU PUTIH, WAN NILAM SARI KELIHATAN AMAT CEMAS. TIDAK PERNAH DIRASAI DEGUP JANTUNGNYA BEGITU KUAT.

KAPSYEN:
NARATIF:SESEKALI KEDUA KAKINYA TERASA GOYAH APABILA KAPAL TERSEBUT DILAMBUNG OMBAK, APAKAH PETAKA YANG AKAN DIALAMINYA GETUS HATINYA

PANEL 4
VISUAL:SI JENJANG BANGAU PUTIH - LAYAR YANG BERKEMBANG DENGAN GAHNYA BELAYAR MEMBELAH OMBAK. MEGAT KEMBAR ALI MENGARAHKAN JURUMUDI SUPAYA MENGENDALIKAN KAPAL LAYARNYA SEBAIK MUNGKIN.)

PANEL 5 DAN PANEL 6 (SEQUENTIAL)
VISUAL: BEBERAPA ORANG ANAK KAPAL SEDANG BERSIAP SEDIA DENGAN PANAH DAN BUSAR. TIADA SIAPA PUN DAPAT MENDUGA APA YANG MEREKA AKAN MENGALAMI.

KAPSYEN:

LANGKUIK BUKAN CALANG-CALANG MUSUH YANG MEREKA AKAN TENTANG. SEBUT SAHAJA NAMA LANGKUIK SI HELANG MERAH, SUDAH TENTU SEDIKIT SEBANYAK MEMBERI KESAN.

PANEL 7
VISUAL: GAMBARAN WAJAH-WAJAH PENGIKUT LANGKUIK DAN TAWANANNYA.

KAPSYEN:
NARATIF: RAMAI SUDAH YANG MENJADI MANGSA SAMADA DIBUNUH ATAU DIBAWA SEBAGAI TAWANAN. YANG DIPAKSA MENJADI PENGIKUT PUN ADA JUA.
KAPSYEN:

NARATIF: WANITA-WANITA DAN ANAK-ANAK GADIS DICHULIK DIJADIKAN TEMAN HIBURAN.

PANEL 8
VISUAL: GAMBARAN WAJAH-WAJAH PENGIKUT LANGKUIK DAN

KAPSYEN:

NARATIF: CEMPAKA SARI ADALAH SEORANG WANITA YANG TELAH DICHULIK SETELAH LANGKUIK MENGGANAS DI LIGOR SUATU KETIKA DAHULU. SETELAH SUAMINYA DIBUNUH, IANYA DIBAWA LARI UNTUK DIJADIKAN TEMANNYA.

MS 21
MUKA SURAT YANG MENGANDUNGI 8 PANEL.

PANEL 1
VISUAL:

KAPSYEN:
LANGKUIK SI HELANG MERAH YANG BERDIRI DI SEBELAH CEMPAKA SARI KELIHATAN TERSENYUM SINIS. DI BAHUNYA KELIHATAN SI BURUNG HELANG SEDANG BERSIAP SEDIA DILEPASKAN.

LANGKUIK : BIARKAN KANDA AJAR MEREKA. MEREKA BELUM KENAL SIAPA KANDA. HAHAHA.


PANEL 2
VISUAL: MEGAT KEMBAR ALI KELIHATAN SUDAH BERSIAP SEDIA. MENDAM JELABAB PUN BERGERAK SEMAKIN HAMPIR DENGAN SI JENJANG BANGAU PUTIH.


WAN NILAM PURI : KITA MESTI MENGHALANG SI LANGKUIK ITU. INI ADALAH TITAH RAJA. BUKANKAH KEDUA-DUA MANDALIKA ITU BERSAUDARA DENGAN RAJA KITA

MEGAT KEMBAR ALI : BENAR KATA SAUDARA. MANDALIKA PERIMULA ITU SAUDARA KEPADA KITA. LITA MASIH BERDARAH KERABAT DENGAN MANDALIKA ITU CUBIT PEHA KANAN, PEHA KIRI TERASA JUA.

WAN NILAM PURI : YA, ISTERI HAMBA PUN MASIH BERDARAH KERABAT JUGA.SESIAPA YANG MENGGANGGU SAUDARA KITA BERERTI DIA BERMUSUH KITA JUA.


PANEL 3
VISUAL:SEKETIKA KEMUDIAN, KEDENGARAN SORAKKAN YANG BEGITU GAMAT SEKALI. TEMBAKAN MERIAM YANG DIPERBUAT DARIPADA BESI MELEPAS BOLA-BOLA API. BERBALAS-BALAS TEMBAKAN MERIAM DILAKUKAN OLEH KEDUA-DUA PIHAK.

SFX: GEDEBUM !!!!! GEDEBUM !!!!!!

PANEL 4

VISUAL: KELIHATAN BOLA-BOLA API YANG TERHASIL DARIPADA TEMBAKAN MERIAM PIHAK MUSUH.

KAPSYEN:

NARATIF: BOLA-BOLA API ITU TEPAT MENUJU KE SASARAN. ADA YANG SINGGAH PADA DEK KAPAL MENYEBABKAN BERLAKU KEROSAKKAN BESAR. LAYAR-LAYAR KELIHATAN ROBEK DENGAN SAMBAR API MENYALA.

PANEL 5 / PANEL 6 DAN PANEL 7 (SEQUENTIAL SCENE)
VISUAL:MEGAT KEMBAR ALI DAN WAN NILAM PURI KELIHATAN AMAT CEMAS APABILA MELIHAT DUA BUAH KAPALNYA TENGGELAM. SEBUAH DARIPADANYA DIREMPUH OLEH MENDAM JELABAB.

PANEL 6
VISUAL: ANAK-ANAK BUAHNYA KELIHATAN BERTERJUNAN UNTUK MENYELAMATKAN DIRI. ADA YANG TIDAK SEMPAT DAN TERKORBAN DIRODOK OLEH BAHAGIAN TAJAM SENJATA PEREMPUH MENDAM JELABAB.

PANEL 7
VISUAL: KEDENGARAN HIRUK PIKUK JERITAN DAN SENJATA-SENJATA GEMERCING. WAN NILAM PURI YANG SUDAH MULA NAIK DARAH PUN MENGAMUK. DILIBASNYA ANAK-ANAK BUAH LANGKUIK DARI KANAN DAN KIRI.

SFX:

TAMBAH DIALOG DAN SFX UNTUK BABAK PERGADUHAN DALAM KEADAAN YANG DRAMATIK – ELAKKAN DARIPADA MENVISUALKAN KEGANASAN

PANEL 8
VISUAL: MANA YANG SEMPAT BERTERJUNAN MENYELAMATKAN DIRI. WAN NILAM PURI TIDAK MEMBERI RUANG KEPADA MUSUH-MUSUHNYA MENGELAK. TIKAMAN DEMI TIKAMAN DARI ANAK BUAH LANGKUIK DARI HADAPAN DAN BELAKANG DAPAT DIELAKNYA. LAGAKNYA PERSIS SEEKOR HARIMAU BERANTAI.

MS 22
MUKA SURAT 22 INI YANG MENGANDUNGI 8 PANEL.

MENGGAMBARKAN BABAK YANG BERLAKU DI PADA MASA YANG SAMA DI LOKASI-LOKASI YANG BERLAINAN DI SERENDAH KEBUN BUNGA.

PANEL 1
VISUAL: SEMENTARA ITU, PENGHULU SERENDAH KEBUN BUNGA DAN SEISI KAMPUNG TURUT MERASA RISAU AKAN PEMERGIAN KEDUA-DUA ANAK WATANNYA.

PANEL 2
VISUAL: SI KANTAN, IBU MERTUA DAN BAPA MERTUA MEGAT KEMBAR ALI, TURUT MENDOAKAN AGAR MEREKA BERDUA BEROLEH KEJAYAAN.

ISTERI MEGAT KEMBAR ALI KETIKA ITU SEDANG SAKIT HENDAK MELAHIRKAN CAHAYA MATA MEREKA. SEORANG BIDAN SEDANG MEMBANTU BELIAU.


PANEL 3
VISUAL: BUNYI TEMBAKAN MERIAM DARI LAUTAN DAPAT DIDENGAR DI SERATA KAMPONG. PERSIS HALILINTAR MEMBELAH BUMI.

SFX: BOMMMMM!!!

PANEL 4
VISUAL: DI LAUTAN, SEBAHAGIAN KAWASANNYA TURUT BERUBAH MENJADI MERAH. MAYAT-MAYAT BERGELIMPANGAN TERHUMBAN KE DALAM LAUT. JERUNG-JERUNG BAKAL MENUNGGU REZEKI.

PANEL 5
VISUAL: FOKUS KEPADA TIGA ORANG PENGIKUT LANGKUIK. GAGAK HITAM, THONGSAI DAN PADUKAN SLANG.

KAPSYEN:
NARATIF: GAGAK HITAM, SI JURUKAKA PUN DIIKUTI OLEH THONGSAI SI KAKI BESI DAN PADUKANG SALANG TERUS MELOMPAT DARI MENDAM JELABAB KE ATAS SI JENJANG BANGAU PUTIH.
TEXTBOX1

PANEL 6
VISUAL: PENGIKUT LANGKIUK KELIHATAN AMAT GANAS. LAGAK MEREKA SEPERTI HARIMAU LAPAR.

KAPSYEN:
NARATIF: TANPA RASA BELAS KASIHAN MEREKA TERUS MELIBAS KE KIRI DAN KE KANAN.
TEXTBOX 1

NARATIF: MEREKA BAGAIKAN SANG SINGA DAN GARUDA LAPAR MELOMPAT DARI SATU BAHAGIAN KE SATU BAHAGIAN SI JENJANG BANGAU PUTIH.
TEXTBOX 2

PANEL 7
VISUAL:KITA MENGFOKUS DAYA IMAGINASI KITA KE BAHAGIAN HADAPAN KAPAL MENDAM JELABAB YANG DILENGKAPI SENJATA PEREMPUH DAN PEMUSNAH.

KAPSYEN:

NARATIF:SEMENTARA ITU, KELIHATAN BAHAGIAN DEPAN. SENJATA YANG PERODOK YANG AMAT TAJAM MENAKUTKAN.

NARATIF:MENDAM JELABAB TELAH MENGHAMPIRI BAHAGIAN TEPI SI JENJAN BANGAU PUTIH. LALU IANYA MENYUSUR DAN MEREMPUH HINGGA TERBELAH DUA KAPAL MEGAT KEMBAR ALI.

SFX: BRRR…KRAAAAK (BUNYI REMPUHAN YANG AMAT KUAT)

PANEL 8
VISUAL: BETAPA TRAGIKNYA APABILA KAPAL TERSEBUT MEMBELAH KAPAL MEGAT KEMBAR ALI MENJADI DUA BAHAGIAN. ANAK-ANAK KAPAL BERTEMPIRAN MENYELAMATKAN DIRI.

KAPSYEN:
NARATIF:BEBOLA MATA MEGAT KEMBAR ALI BERSINAR-SINAR MENAHAN AMARAH. LALU IA BERTEMPIK MENCABAR LANGKUIK.
TEXTBOX1

MEGAT KEMBAR ALI : HAI PANGLIMA LANGKUIK, YANG GAGAH BERANI.




MS 23

MUKA SURAT YANG MENGANDUNGI 5 PANEL.

PANEL 1
VISUAL:DUA ORANG PENDEKAR SALING CABAR MENCABAR.

MEGAT KEMBAR ALI : KEMARI KAMU MARI KITA BERADU SATU LAWAN SATU.

LANGKUIK : WAHAI BUDAK BERINGUS. USAHKAN HENDAK MELUKAI AKU, MENCARIKKAN BAJU AKU PUN TAK TERCARIK.

VISUAL:MEGAT KEMBAR ALI MENYINSING LENGAN DAN DITANGANNYA TERHUNUS KERIS PANJANG

MEGAT KEMBAR ALI : USAH KAMU BERCAKAP BESAR, MENDONGAK DAHULU LANGIT TINGGI KE RENDAH


PANEL 2 (MEMERLUKAN SEBUAH PANEL YANG LEBIH BESAR UNTUK ADEGAN PERGADUHAN DI ATAS KAPAL.TEKNIK PERGERAKAN MATRIX –BEBAYANGAN LOMPATAN MEGAT KEMBAR ALI.)

VISUAL:KAMERA BERGERAK KAREKTER MEGAT KEMBAR ALI. DALAM PANEL INI KAREKTER INI TELAH MEMBAUT LOMPATAN PANTAS ATAS MENDAM JELABAB.

KAPSYEN:

NARATIF:
SEPANTAS KILAT MEGAT KEMBAR ALI PUN MELOMPAT ATAS MENDAM JELABAB. LANGKUIK AMAT TERKEJUT AKAN PERBUATAN MEGAT KEMBAR ALI ITU.
TEXTBOX 1


NARATIF: DIA TERPAKSA MEMUNDURKAN DIRI KE BELAKANG UNTUK MENGELAKKAN DIRINYA DARI LIBASAN PEDANG MEGAT KEMBAR ALI.
TEXTBOX 2

PANEL 3
VISUAL: DALAM BABAK INI LANGKUIK KELIHATAN AMAT TERDESAK. UNTUK MENGELAK DIRINYA DARI DI LEIBAS SENJATA MEGAT KEMBAR ALI, DIA TELAH MELAKUKAN SATU PERBUATAN YANG NEKAD.
KAPSYEN:

NARATIF: SEMENTARA ITU, LANGKUIK TELAH MENOLAK CEMPAKA SARI KE HADAPAN. APAKAN DAYA KUDRAT SEORANG PEREMPUAN.
TEXTBOX 1
KAPSYEN:
NARATIF:
MEGAT KEMBAR ALI PUN RASA TERKEJUT AKAN KELICIKAN LANGKUIK. SEPANTAS KILAT MEGAT KEMBAR ALI MBERPUSING MENGELAKKAN SENJATANYA DARI MENIKAM PEREMPUAN ITU.
TEXTBOX 2

VISUAL:SEMENTARA ITU WAN NILAM PULA TERPAKSA BERTAHAN MENGHADAPI LAWAN DARI ARAH 3 PENJURU.
KAPSYEN:

NARATIF: WAN NILAM PURI MASIH LAGI BERHEMPAS PULAS MENENTANG KETIGA-TIGA ORANG LAWANNYA. MEREKA MEMBUAT SERANGAN DARI TIGA PENJURU.
TEXTBOX 1

PANEL 4
VISUAL: PENGIKUT LANGKUIK YANG TERKENAL DENGAN PENYEPAK KAI BESINYA KELIHATAN MEMBUAT SEPAKAAN BERBAYANG KE UDARA.
KAPSYEN:

NARATIF: THONGSAI SI KAKI BESI MENERJAH DAN MEMBUAT JURUS SEPAKAN KAKI KE ARAH BADAN WAN NILAM PURI. SEPAKAN BAGAI KILAT ITU DAPAT DIELAKKAN.
TEXTBOX 1

PANEL 5 (MEMERLUKAN PANEL YANG LEBIH BESAR)

VISUAL: PADUKANG SALANG YANG BERSENJATAKAN KELURIK KEMBAR MELIBAS DARI UDARA DAN TERUS MENERJAH KE ARAH WAN NILAM PURI.

VISUAL: KETIKA WAN NILAM PURI CUBA MENGELAK LIBASAN PADUKANG SALANG, JURUS SEPAKAN THONGSAI SEMPAT SINGGAH KE BADANNYA. JERITAN KESAKITAN YANG AMAT SANGAT DIRASAINYA APABILA TUJAHAN PEDANG GAGAK HITAM SI JURUKAKA MERODOK PERUT WAN NILAM PURI.

WAN NILAM PURI : ADUHHHHHH…. BISANYA, SUBHANA ALLAH

MS 24

PANEL 1
VISUAL: MATA KITA BERTUMPU KE ARAH WAN NILAM YANG SUDAH TERCEDERA HDAN BELIAU CUBA UNTK BANGKIT KEMBALI.
KAPSYEN:

NARATIF: KETIKA ITU DUNIA TERASA KELAM. WAN NILAM PURI PUN CUBA BANGKIT SEMULA, PERSIS JENTAYU YANG PATAH SAYAP. BERTONGKAT PADA PARUHNYA.

PANEL 2
VISUAL: SERANGAN DEMI SERANGAN CUBA DIELAKKANNYA NAMUN SEBAGAI SEORANG PENDEKAR YANG TINGGI SEMANGAT JUANGNYA AKHIRNYA DIA BERJAYA MENGHANTAR THONGSAI KE ALAM BAQA.

PANEL 3
VISUAL: LANGKUIK DENGAN KEADAAN GERAM DAN SERANGAN BERTUBI DENGAN CAKAR MAUTNYA KE ARAH WAN NILAM PURI. LALU DIA BERTEMPIK KE ARAH WAN NILAM PURI


LANGKUIK : NAH, TERIMA CAKAR MAUTKU. PEMBALASAN INI UNTUK KEMATIAN THONGSAI.


PANEL 4
VISUAL: MEGAT KEMBAR ALI YANG MELIHAT SAAT KEMATIAN SAHABATNYA ITU, TERUS MENGAMUK DAN MELIBAS KE PANGKAL TENGKUK MUSUHNYA. TETAKAN ITU TIDAK SEKELUMIT PUN MENCEDERAKAN LANGKUIK.)

PANEL 5
VISUAL:SEBALIKNYA LANGKUIK MEMBUAT MENEPIS TETAKAN ITU DENGAN TANGAN KOSONG. MEGAT KEMBAR ALI TERPAKSA MENGUNDURKAN DIRINYA.

PANEL 6
VISUAL: LANGKUIK MENUNJUKAN GAYUH ANGKUHNYA LALU DIA MENDABIK DADANYA SERAYA MEMINTA DITETAK LENGANNYA KERANA MERASAKAN DIRINYA KEBAL

LANGKUIK : KALAU KAMU DAPAT MELUKAI LENGAN AKU DENGAN TETAKAN KETIGA, AKU RELA BERGURU DENGAN KAMU.
PANEL 7
VISUAL:

MEGAT KEMBAR ALI : PINGGAN TIDAK RETAK, NASI TIDAK DINGIN, TIDAK HENDAK DAN TIDAK INGIN AKU MENGAMBIL KAMU SEBAGAI MURID!
KAPSYEN:
NARATIF:LALU DIA MELOMPAT DAN MEMBUAT TIGA TETAKAN SEKALI GUS. NAMUN TIADAPUN MENINGGALKAN BEKAS PADA LENGAN LANGKUIK.

PANEL 8
VISUAL:LANGKUIK MELOMPAT DAN MENGELAK KE BELAKANG DAN KEMUDIAN MENERPA SEMULA KE ARAH MEGAT KEMBAR ALI BERTUBI-TUBI.

LANGKUIK : NAH, RASAKAN CAKARAN DAN TUMBUKAN PADU AKU INI

(TAMAT BAHAGIAN KEDUA)

1 comment:

azhar said...

waa...nama karektor yg saya proposed utk animation pitch..nama Megat lak...Megat Alam..

panjang sgt la...nak baca,,,nanti saya baca yek...kalu dlm bentuk thmbnail..ada illustrasi skit..mesti saya baca