EPISOD 1: HILANG GELAP TIMBUL TERANG
M/S 1
SPLASH PAGE
VISUAL:
SATU MUKA SURAT PANEL PENUH DENGAN KARAKTER UTAMA PERKASA, ALAM, MAYANG SARI DAN KAREKTER SIDE-KICKNYA SAHABAT RIMBA DAN AWANG KERAK NASI
M/S 2
PANEL 1
VISUAL: DIMULAKAN INTRO CERITA INI DENGAN SUASANA FENOMENA ALAM SEMULA JADI PADA MUSIM TENGKUJUH.LANGIT KELAM DAN LAUT BERGELORA SEOLAH-OLAH MENYATAKAN KEMARAHAN KEPADA PENDUDUK SEISI ALAM. KEDENGARAN SAYUP-SAYUP GUNTUR BERDENTAM DENTUM DAN KILAUAN KILAT MEMANCAR-MANCAR.
NARATIF: LANGIT TIDAK SELALU CERAH. PANAS SETAHUN SUDAH TENTU TIDAK DAPAT DISAMAKAN DENGAN HUJAN SEHARI.
SFX: KEBOOOMMMMM !!! KEBOOMMMMMMM!!! ( BUNYI GURUH SERTA PANCARAN KILAT SABUNG MENYABUNG)
DIALOG: TIADA
VISUAL: NAMPAK JELAS AIRMUKA DAN RIAK WAJAH PADA MEREKA YANG HADIR DI UPACARA HUKUMAN ITU DILAKSANAKAN.
NARATIF:
SIANG TADI TELAH DISEMPURNAKAN SATU HUKUMAN. HUKUM ALAM, YANG BERSALAH TETAP AKAN MENERIMA HUKUMAN.
NARATIF:
DI WAJAH MEREKA TERGAMBAR RASA PUAS SETELAH HUKUMAN KARMA DIJATUHI KE ATAS PESALAH.
PANEL 2 :
VISUAL: UNTUK BABAK SETERUSNYA GAMBARAN DRAMATIK VISUAL MEGAT KEMBAR ALI YANG KELIHATAN LEMAH. TANGANNYA TERIKAT DAN DIPASUNG PADA BATU SISA ITU.
NARATIF: LAUT BERGELORA DAN OMBAK BERGULUNG. DI SEBUAH BATU SISA BERHAMPIRAN DENGAN SEBUAH GERBANG LAUT.
NARATIF: SESUSUK TUBUH SASA YANG KINI LEMAH TIDAK TERDAYA.
SFX: SHA…. SHA…. SHA.. (EFEK DAN KESAN BUNYI DEBURAN OMAK. TITISAN HUJAN BERCAMPUR BAUR DENGAN OMBAK LAUK MENAMBAHKAN DRAMATIK )
DIALOG: TIADA
PANEL 3
VISUAL: KEPALANYA TERTUNDUK DAN RAMBUT PANJANG MENUTUPI WAJAHNYA.FIKIRANNYA MELAYANG DAN MENERAWANG KEPADA ORANG-ORANG YANG DIKASIHI. NAMPAK JELAS DI MATANYA ISTERI DAN ANAK KESAYANGAN YANG MASIH LAGI KECIL.
MONOLOG: APAKAH DOSAKU DIHUKUM BEGINI RUPA?
PANEL 4
VISUAL:KEDUA-DUA TANGAN TERIKAT PADA BATU SISA YANG TIMBUL SEPARUH DIPERMUKAAN LAUT.
MONOLOG : SEKIRANYA HARI INI BERAKHIRNYA RIWAYAT AKU PASRAH KEPADAMU ILLAHI?
MONOLOG : AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSA YANG NYATA DAN TERSEMBUNYI.
PANEL 5
VISUAL: PADA BAHAGIAN PERUT. KELIHATAN KESAN CALAR. SELURUH TUBUHNYA TERDAPAT KESAN CALAR.
PANEL 6
VISUAL:
KAPSYEN DALAM TIGA KOTAK (TEXT BOX)
NARATIF:KINI TIADA LAGI KEPERKASAANNYA YANG SEWAKTU DULU MENJADI IGAUAN SETIAP MUSUH.
TEXTBOX 1
NARATIF: JASADNYA KINI LONGLAI HANYA TUNGGU WAKTU DIMAMAH DAN DITELAN OMBAK GANAS. DIA PASRAH KEPADA PENCIPTANYA.
TEXTBOX 2
NARATIF: HANYA KEDENGARAN BUNYI DEBURAN OMBAK DAN TIUPAN ANGIN LAUT YANG SEMAKIN GANAS.
TEXTBOX 3
SFX: SHA…. SHA… BURRRRR…. BURRRRR.
M/S 3
MUKA SURAT INI MENGANDUNGI 8 PANEL YANG MEMAPARKAN 3 ADEGAN BERLAKU DALAM SATU MASA. MEGAT KEMBAR ALI BERTARUNG DENGAN MAUT SEMENTARA ISTERINYA SEDANG SAKIT HENDAK BERSALIN.PADA MASA ITU JUGA PENGHULU SEDANG BERMAIN DENGAN PERASAANNYA.
LOKASI DI RUMAH MEGAT KEMBAR ALI
PANEL 1
VISUAL: DALAM PADA ITU, NUR NILAM SARI ISTERI KESAYANGAN MEGAT KEMBAR ALI DALAM KEADAAN KESAKITAN. DIA SEDANG SARAT MENGANDUNG DAN MASANYA SUDAH TIBA UNTUK BERSALIN.
PANEL 2
VISUAL: NAMPAK JELAS RAUT WAJAHNYA YANG TERDAPAT MANIK-MANIK PELUH DINGIN MENITIS.
SFX: ADUHHHHH….
MENGERANG MENAHAN KESAKITAN)
PANEL 3
VISUAL:DALAM MENAHAN KESAKITAN NUR NILAM SARI MASIH SEMPAT BERDOA KEPADA ALLAH SWT, MAHA PENCIPTA MENYELAMATKAN SUAMINYA DARI OMBAK YANG SEDANG MENGGANAS.
NUR NILAM SARI: JIKA BENAR DIA TIDAK BERSALAH. YA TUHANKU PELIHARAKANLAH SUAMIKU.
LOKASI DI BATU SISA DIHUJUNG TANJUNG.
PANEL 4
KAPSYEN:
NARATIF: TUBUHNYA KELIHATAN AMAT KERDIL DITERJAH OMBAK YANG BERGULUNG-GULUNG
VISUAL: OMBAK LAUT BERGULUNG-GULUNG DAN MENCECAH PARAS KEPALA.
PANEL 5
NARATIF: APAKAH PENGAKHIRAN RIWAYAT DISINI CUMA?
VISUAL: TUBUH YANG SEMAKIN KELIHATAN KERDIL ITU TIDAK LAGI BERJAYA MENAHAN TERJAHAN OMBAK. SUDAH BEBERAPA KALI DIA TERTELAH AIR MASIN SEHINGGA MENYEBABKAN DIA TERCUNGGAP-CUNGGAP.
PANEL 6
LOKASI DI RUMAH PENGHULU TUA
VERTICAL DAN TILTED DAN KAMERA ROTATE KE KIRI
VISUAL: SEMENTARA ITU DI TEMPAT LAIN,PEMERHATIAN KITA TERTUMPU KEPADA SEORANG LELAKI TELAH BERUSIA, WAJAHNYA PULA KELIHATAN AMAT RUNSING DAN BERKERUT. PENGHULU TUA KELIHATAN RESAH GELISAH
PENGHULU TUA: WAJARKAH AKU MENJATUHKAN HUKUMAN KE ATASNYA? AHHH… TIDAK SALAH LAGI PERHITUNGANNKU.
(MONOLOG)
PANEL 7
DIA MEMIKIRKAN APAKAH PETAKA YANG BAKAL MENIMPA SERENDAH KEBUN BUNGA. ANGIN KENCANG MENEROBOS DAN RIBUT SEDANG MELANDA. DIA MULA MENGIMBAS KEMBALI PERISTIWA SIANG TADI.
KAPSYEN:
NARATIF: APAKAH PETAKA YANG BAKAL MENIMPA SERENDAH KEBUN BUNGA
TEXTBOX 1
PANEL 8
VISUAL: PENGHULU SEDANG BERCELARU FIKIRANNYA.
PENGHULU TUA: ADAKAH INI SEMUA BERLAKU DI ATAS KESILAPAN PERHITUNGANKU?
KAPSYEN: DALAM 1 KOTAK (TEXT BOX)
TEXTBOX 1
MS 8
PANEL 1
PADA WAKTU YANG SAMA KEDENGARAN HILAI TAWA YANG GEGAK GEMPITA TANDA PUAS MENGIRINGI GURUH DILANGIT.
SFX: MUHAHAHAHAHA HEHEHEHEHE (KESAN BUNYI SUARA HILAI TAWA)
LOKASI DI RUMAH ISTERI KEPADA WAN NILAM PURI
PANEL 2
VISUAL:ADA MASA YANG SAMA, SEORANG WANITA MUDA SEDANG MENYUSU ANAK LELAKI KECILNYA YANG BERUSIA 1 TAHUN. BELIAU IALAH ISTERI WAN NILAM PURI- PUTERI NILAM PURUT.
PANEL 3
VISUAL:WAJAHNYA MASIH LAGI KELIHATAAN SUGUL ATAS KEMATIAN SUAMINYA. TETAPI DIA PASRAH KERANA SUAMINYA WAN NILAM PURI TELAH BERKORBAN UNTUK MEMPERTAHAN NEGERINYA DARI SERANGAN LANUN.
PANEL 4
VISUAL:PUTERI NILAM PURI ADALAH KERABAT MANDALIKA PERIMULA DAN BERSEPUPU PULA DENGAN MEGAT KEMBAR ALI. WAJAH RIANG ANAK KECIL ITU NAMPAK JELAS.
PANEL 5
VISUAL:SI IBU SEDANG MENDODOI ANAKNYA ITU. KELIHATAN PERHIASAN KALONG BERTATAHKAN PERAK BERBENTUK DAUN EMAS DI LEHER WANITA ITU.
SFX: BUNYI GURUH BERSELANG SELI.
PANEL 6
VISUAL: KITA KEMUDIAN BEREDAR KE RUMAH ISTERI MEGAT KEMBAR ALI. NUR NILAM SARI YANG SEDANG SARAT MENGANDUNG ITU DSUDAH SEMAKIN SAKIT KUAT.
KEADAAN SEMAKIN CEMAS.BABAK SEMAKIN CEMAS APABILA KEDENGARAN SUARANYA YANG TERESAK-ESAK MENAHAN KESAKITAN. HARAPANNYA AGAR SUAMINYA BERADA DI SAMPINGNYA KETIKA MELALUI SAAT MELAHIRKAN SATU-SATUNYA WARIS MEREKA.
KAPSYEN:
NURNILAM SRI
KAPSYEN
MENAHAN SEGALA DUGAAN DAN KEPAYAHAN
KAPSYEN:
IBU BAPA KELIHATAN AMAT BINGUNG SEPERTI KUCING KEHILANGAN ANAK/
PANEL 7
VISUAL:PADA MASA YANG SAMA KAMERA FOKUS PULA KEPADA IBU DAN BAPANYA YANG SEJAK TADI DALAM KEADAAN SUGUL. KEDUA ORANG TUA ITU LANTAS MEMBERI PERTOLONGAN WALAUPUN DALAM KEAADAN YANG SERBA KEBINGUNGAN.
DIALOG: ANTARA KEDUA SUAMI ISTERI
BAPA : APA YANG KITA HENDAK BUAT SEKARANG?
IBU : KANDA TOLONGLAH PERGI KE RUMAH MAK BIDAN DI HUJUNG KAMPUNG SANA. BARANGKALI SUDAH SAMPAI MASANYA ANAK KITA HENDAK BERANAK.
BAPA : DALAM KEADAAN HUJAN LEBAT DAN RIBUT YANG KUAT BEGINI?
IBU : HABIS TU, MACAM MANA LAGI. ANAK KITA SUDAH SAKIT HENDAK BERSALIN.
PANEL 8
BAPA : HI.. SEGAN AKU BERJALAN DALAM HUJAN YANG AMAT MENYEJUKKAN INI.
IBU : KALAU BEGITU BIAR AWAK SAHAJA YANG MENUNGGU. ADA LAKI, PENAKUT..
BAPA : BUKAN TAKUTLAH, CUMA TAK BERANI JE..HEHEHE…
(SEMPAT JUGAK DIA BUAT LAWAK SACARSTIC)
MS 9
MUKA SURAT 8 PANEL YANG MENGGAMBARKAN SUASANA SURAM DAN TRAGIS KETIKA NURNIUILAM SARI MELAHIRKAN ANAKNYA. KETIKA ANAKNYA DILAHIRKAN, DIA PULA TELAH MENINGGAL DUNIA.
PANEL 1
VISUAL: DILUAR RUMAH HUJAN TURUN DENGAN LEBATNYA. BAPA NUR NILAM SARI BERJALAN KE RUMAH MAK BIDAN. DIA TIDAK HIRAUKAN AKAN KESELAMATAN DIRINYA. KILAT SALING SABUNG MEYABUNG. MEMBASAHINYA.
SFX: SHA…SHA…
PANEL 2
VISUAL: KILAT MEMANCAR-MANCAR. SEBATANG DAHAN KAYU JATUH HAMPIR TERTIMPANYA LELAKI ITU HANYA MENGGUNAKAN SEHELAI DAUN KELADI UNTUK MENUTUPI DIRINYA DARI BASAH KENA HUJAN NAMIN TEMPIASNYA TURUT
PANEL 3
VISUAL: EMAK BIDAN IKUTNYA PULANG UNTUK MEMBIDANKAN KELAHIRAN MEGAT TERI ALAM.
PANEL 4
VISUAL: KETIKA MEREKA SAMPAI KE RUMAH. SATU BUNYI DENTUMAN GURUH YANG AMAT KUAT DIIRINGI TERIAKAN TANGISAN SEORANG BAYI.
PANEL 5
VISUAL: EMAK BIDAN BERGEGAS UNTUK MENYAMBUT BAYI TERSEBUT, SUDAHPUN MENGHEMBUS NAFASNYA.
NARATIF: IBU, BAPA NUR NILAM SARI DAN MAK BIDAN TIDAK SEMPAT NAK MENYELAMATKANNYA. SEGALANYA SUDAH KETENTUAN. QADA DAN QADHA…

KAPSYEN DALAM DALAM EMPAT KOTAK (TEXT BOX)
NARATIF: SUASANA SURAM TURUT DIRASAI OLEH SELURUH PENDUDUK SERENDAH KEBUN BUNGA.
TEXTBOX 1
PANEL 7
NARATIF:APAKAH ALAMAT INI SATU PERTANDA YANG AKAN MENYELUBUNGI SERENDAH KEBUN BUNGA.
TEXTBOX 2
PANEL 8
NARATIF: SUATU PERSOALAN YANG TIDAK PASTI DIJAWAB.
TEXTBOX 3
NARATIF: PERATURAN ALAM TELAH PUN DITETAPKAN, YANG KUAT BERKUASA YANG LEMAH MENJADI MANGSA.
TEXTBOX 4
PANEL 1 FULL PANEL
VISUAL:KEMUDIAN KITA BERALIH PULA KEPADA BABAK YANG SETERUSNYA DI LAUTAN YANG LUAS. LAUT YANG BERGELORA TELAH MEMBAWA HUJAN YANG LEBAT TANPA HENTI. DI TENGAH-TENGAH LAUT KAPAL YANG MEMBELAH BADAI MEMBAWA BERSAMA BARANG DAGANGAN TERUT TERUMBANG AMBING.
SFX: (GURUH SALING BERSAHUT-SAHUTAN / KILAT SALING MEMANCAR –MANCAR / EFEK GERUN DAN GANAS PADA PERMUKAAN LAUT DAN LANGIT YANG KELAM)
M/S 10.
MUKA SURAT 10 INI MENGANDUNGI 7 PANEL.
PANEL 1
VISUAL: KITA KEMUDIANNYA BEREDAR DI ATAS DEK KAPAL DAGANG DI ABAD KE 11. KELIHATAN ANAK-ANAK KAPAL DAGANG SEDANG BERUSAHA UNTUK MENYELAMATKAN KAPAL ITU DARI KARAM.
SEBAHAGIAN DARIPADA MEREKA MELAKUKAN KERJA PEMUNGGAHAN BARANG-BARANG, MENGIKAT TALI LAYAR PADA TIANG DAN SEBAGAINYA.
SFX: EFEK CEMAS DAN DRAMATIK
PANEL 2
VISUAL: KEDENGARAN NAKHODA MEMBERI ARAHAN KEPADA ANAK-ANAK KAPAL DALAM BAHASA YANG AGAK ASING - BAHASA ARAB
DIALOG:
PANEL 3 DAN PANEL 4
VISUAL: NUN DI DASAR LAUTAN KELIHATAN TUBUH LEMAH MASIH LAGI TERRIKAT TANGANNYA. TERNGIANG-NGIANG DITELINGANNYA SUARA-SUARA GHAIB YANG MEMUJI PENCIPTA – ALLAH SWT ).
SFX: (PUJI-PUJIAN DI ATAS KEBERASARAN ALLAH S.W.T)
PANEL 5
VISUAL: TIDAK MAMPU DIA MEMAHAMI BUTIR-BUTIR SUARA HIDUPAN DI LAUTAN LUAS BERZIKIR DAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH
SUBHANALLAH WAL’ALHAM DULLILLAH ALLAHUAKBAR (JAWI)
SFX: (JALURAN CAHAYA PUTIH MELINDUNGI LELAKI ITU)
MONOLOG:
MEGAT KEMBAR ALI : MAHA SUCI ALLAH YANG MENJADIKAN MAKHLUK YANG KERDIL SEPERTI AKU INI…
MS 11
MUKA SURAT INI MENGANDUNGI SEQUENTIAL BABAK YANG BERURUTAN ANTARA SATU SAMA LAIN.
MUKASURAT INI MENGGAMBARKAN BABAK RIBUT MELANDA SERENDAH KEBUN BUNGA
PANEL 1, PANEL 2, PANEL 3, PANEL 4 DAN PANEL 5
VISUAL:
GAMBARAN KEADAAN RIBUT YANG MELANDA SERENDAH KEBUN BUNGA SELAMA 3 HARI 3 MALAM DALAM SUASANA YANG DRAMATIK.RIBUT YANG BERTIUP KENCANG. RUMAH-RUMAH BERANAPAN, DAUN-DAUN KELAPA BERTERBANGAN, POKOK-POKOK KELAPA TUMBANG. RAUT WAJAH PENDUDUK SERENDAH KEBUN BUNGA YANG KELIHATAN CEMAS DAN KETAKUTAN.
LAUTAN TELAH PUN REDA SETELAH BERHARI-HARI HUJAN RIBUT MENGANAS. ADA BUMBUNG DAN DINDING KEDIAMAN RUMAH MEREKA BERTERBANGAN DIBAWA ANGIN KENCANG.
KAPSYEN:
TIGA HARI KEMUDIAN
PANEL 6
VISUAL: KELIHATAN KESAN TERJAHAN RIBUT TIGA HARI TIGA MALAM DI BAHAGIAN PANTAI. LANGIT KELIHATAN TENANG DAN TERANG.
PANEL 7 DAN PANEL 8
VISUAL: KEADAAN TELAH KEMBALI NORMAL. PENDUDUK-PENDUDUK SERENDAH KEBUN BUNGA PUN KEMBALI MELAKUKAN KERJA-KERJA HARIAN.
LOKASI DI SERENDAH KEBUN BUNGA
KAPSYEN:DALAM 1 KOTAK (TEXT BOX)
MENTARI TELAH PUN MULA MENINGGI HARI. WARGA SERENDAH KEBUN BUNGA KEMBALI NORMAL. MELAKUKAN KERJA-KERJA HARIAN.
TEXTBOX 1
MS 12
MUKA SUARAT YANG MENGANDUNGI 6 PANEL
PANEL 1
VISUAL: KAMERA MENFOKUS WAJAH-WAJAH PENDUDUK-PENDUK KAMPUNG NAMUN DIRAUT WAJAH SETENGAH-TENGAH ORANG NAMPAK KUSUT. ADA SESUATU YANG DIFIKIRKAN TENTANG KEJADIAN-KEJADIAN YANG DIANGGAP MUSIBAH YANG TELAH MENIMPA.
PANEL 2
VISUAL: KAMERA FOKUS KEPADA SEPASANG KAKI. PEMOKUSAN SUBJEK TERSEBUT DARI BELAKANG ARAS MATA SEMUT. SEPASANG KAKI BERJALAN DI ATAS PANTAI YANG BERPASIR MENINGGALKAN KESAN-KESAN PIJAKAN. MENUJU KE ARAH TEMPAT HUKUMAN PASUNG YANG TELAH DILAKSANAKAN TIGA HARI SEBELUM INI
SFX:
PANEL 3
INTISARI: RAMAI PENDUDUK KELIAHATAN SEDANG MEMPERBAIKI BUMBUNG DAN DINDING KEDIAMAN MEREKA YANG ROBOH AKIBAT DILANDA RIBUT SELAMA TIGA HARI TIGA MALAM.
VISUAL:BATU SISA, TEMPAT LELAKI YANG DIHUKUM PASUNG KELIHATAN SEMAKIN DEKAT. LALU DIHAMPIRI LELAKI ITU, TERDENGAR SUARA YANG TERKEJUT SERTA TERPINGGA-PINGGA.
AWANG KERAK NASI : ????
SFX:
PANEL 4
VISUAL:KELIHATAN BATU SISA YANG HANYA TERDAPAT BEKAS UNTAI TALINYA SAHAJA.
NARATIF: HANYA KELIHATAN BEKAS IKATAN TALI YANG TELAH TERUNGKAI. TIADA LAGI JASAD LELAKI YANG DIHUKUM ITU DI SITU. KE MANA IANYA MENGHILANG?
TEXTBOX 1
PANEL 5
VISUAL: ADEGAN CEMAS DAN RAUT WAJAH AWANG KERAK NASI YANG NAMPAK KETAKUTAN DI AMBIL TINDAKAN PENGHULU.
NARATIF: SIAPAKAH YANG MENYELAMATKAN LELAKI ITU, SEDANGKAN DENGAN MATA DAN KEPALANYA SENDIRI DIA MENYAKSIKAN HUKUMAN ITU DILAKSANAKAN. BERPULUH-PELUH ORANG YANG MELIHAT LELAKI ITU DIPASUNG DI SITU.
TEXTBOX 1
DIA DITINGGALKAN DI SITU SUPAYA DITELAN OMBAK GANAS. ITULAH HUKUMAN KARMA SERENDAH SEKEBUN BUNGA SEJAK DAHULU
TEXTBOX 2
PANEL 6
VISUAL: ADEGAN AWANG YANG SEGERA KEMBALI KE RUMAH PENGHULU
NARATIF: DIA SEGERA KEMBALI KE TANAH SERENDAH KEBUN BUNGA. DIPERHEBAHKAN KEPADA ORANG RAMAI. BERITA ITU TERSEBAR DENGAN CEPAT. MEGAT KEMBAR ALI TELAH HILANG DARI PASUNGAN.
TEXTBOX 1
M/S 13
KEMUDIAN KITA BERHADAPAN DENGAN SUASANA KONFLIK DAN TEGANG DI MUKA SURAT INI YANG MENGANDUNGI 8 PANEL.
PANEL 1
VISUAL: ADEGAN AWANG KERAK NASI SEDANG MEMBERITAHU ORANG-ORANG KAMPUNG TENTANG BERITA KEHILANGAN MEGAT KEMBAR ALI DARI PASUNGAN.ORANG RAMAI PUN GEMPAR DAN KEHILANGAN MEGAT KEMBAR ALI MENJADI SATU TANDATANYA.
LOKASI DI PEKAN
DIALOG
AWANG KERAK NASI : HOI, DENGAR SINI SEMUA, WAHAI PENDUDUK SERENDAH KEBUN BUNGA SEKELIAN !!!
ORANG KAMPUNG 1 : APA PERKHABARAN YANG KAMU BAWA, AWANG?
AWANG KERAK NASI : MEGAT KEMBAR ALI TELAH HILANG DIPASUNGAN!
PANEL 2
KAMERA CLOSE IN AND OUT: ZOOM PADA WAJAH AWANG KERAK NASI.
VISUAL: DENGAN TERMENGAH-MENGAH AWANG KERAK NASI MENGHULURKAN BEKAS KERATAN TALI IKATAN KEPADA ORANG YANG BERTANYA ITU.KITA NAMPAK DENGAN JELAS BEKAS KERATAN TALI TERSEBUT.
ORANG KAMPUNG 2 : APA? TELAH HILANG, APA KATA KAMU, SI AWANG?
ORANG KAMPUNG 1 : MANA BUKTINYA?”
AWANG KERAK NASI : INI DIA.
PANEL 3
LOKASI DI RUMAH PENGHULU
VISUAL : KITA BERALIH PULA KE RUMAH PENGHULU. ADEGAN SETERUSNYA MENGGAMBARKAN KEADAAN PENGHULU TUA SERENDAH KEBUN BUNGA MENERIMA BERITA TERSEBUT. WAJAHNYA ADA KERUT DAN KEDUT MENANDAKAN USIA YANG SUDAH LANJUT.
PENGHULU TUA : APA? SUDAH TERLEPAS!!
(PENGHULU SERENDAH KEBUN BUNGA BERSUARA KERAS. RAUT WAJAHNYA TERSIRAT SERIBU TANDA TANYA.)
KAMERA: (CLOSE-UP). FOKUS SEMAKIN DEKAT PADA RAUT WAJAH PENGHULU TUA.
DIALOG:
ORANG-ORANG KAMPUNG : YA, TOK PENGHULU
VISUAL: PERTANYAAN PENGHULU TUA ITU DISAMBUT OLEH BEBERAPA ORANG PENDUDUK.
PANEL 4
VISUAL: KAMERA SPAN KE BACKGROUND. KELIHATAN SEORANG LELAKI YANG MISTERIUS YANG BERSELUBUNG BERDIRI DICELAH-CELAH ORANG RAMAI.
LELAKI MISTERIUS : MARI KITA MENCARI SI BEDEBAR KEMBAR ALI ITU.
ORANG KAMPUNG 1 : YA…MARI KITA CARI.
SATU SUARA LAIN MENYAMBUT.
ORANG KAMPUNG 2 : AYUH, SEMUA.
PANEL 5
VISUAL : ADEGAN MENGGAMBARKAN SEORANG LELAKI MISTERIUS YANG BERLAGAK GUNTING DI DALAM LIPATAN. KAREKTER INI DIGAMBARKAN MEMAKAI SELUBUNG. KESAN BAYANGAN DAN HIGHLIGHT UNTUK MENGGAMBARKAN KEMISTERIAN LELAKI INI.
KAMERA KE BABAK BERIKUTNYA.
LELAKI MISTERIUS : JANGAN-JANGAN ADA DIANTARA KITA INI PEMBELOT.
PENYOKONGNYA : BERANGKALI BENAR YANG DIUCAPKAN OLEH KAMU INI.
PANEL 6
TUKAR SHOT KE FOREGROUND. SEMUA MATA YANG HADIR TERTUMPU KE ARAH SEORANG LELAKI YANG BERSUSUK TUBUH BESAR LAGI PERKASA.
PANEL 7
VISUAL:DIA KELIHATAN BERDIRI MEMELUK TUBUHNYA – BERDIRI TIDAK JAUH DARI ORANG RAMAI. GAYANYA SUNGGUH MISTERIUS DAN MENCURIGAKAN.
PANEL 8
DARI CELAH-CELAH KEPALA ORANG RAMAI YANG BERPALING KE ARAH LELAKI MISTERI ITU.
NARATIF: TIDAK LAMA KEMUDIAN MEREKA PUN BERSIAP SEDIA MENCARI SERTA MENINJAU KE SERATA TEMPAT.
MS 14
PANEL 1
VISUAL: WAJAH PENGHULU NAMPAK BERKERUT DAN GUSAR AKAN KEJADIAN ITU. PADA MASA YANG SAMA PENCARIAN TERHADAP MEGAT KEMBAR ALI DITERUSKAN OLEH ANAK-ANAK BUAH PENGHULU SERENDAH KEBUN BUNGA.
PANEL 2:
VISUAL :AWANG KERAK NASI KELIHATAN SIBUK MEMBANTU ORANG RAMAI DALAM MENCARI MEGAT KEMBAR ALI.
PANEL 3
VISUAL :LOKASI DI TENGAH LAUTAN. BABAK SETERUSNYA BERALIH KE LOKASI DI TENGAH LAUT YANG KELIHATAN TENANG. SEKALI-SEKALA OMBAK KECIL BERGULUNG DAN MEMUTIH.
SUASANA ALAM SEMULA JADI DI TENGAH LAUT KEMBALI NORMAL. KELIHATAN BEBERAPA EKOR BURUNG LAUT BERTERBANGAN MENCARI MAKAN. MENJUNAM TURUN UNTUK MENYAMBAR IKAN-IKAN DIPERMUKAAN LAUT.
PANEL 3
VISUAL: SEBUAH KAPAL DAGANG SEDANG BELAYAR DITENGAH LAUTAN. BEBERAPA EKOR IKAN LUMBA-LUMBA SEDANG MENGIRINGINYA DI TEPIAN. ADA YANG BERLOMPATAN TINGGI DI PERMUKAAN LAUT.
PANEL 4
VISUAL: DI SUATU SUDUT DI ATAS KAPAL TERSEBUT KEDENGARAN JERITAN SEORANG ANAK KAPAL.
DIALOG ANTARA DUA ORANG ANAK KAPAL
PELAUT 1 : ADA ORANG DI TENGAH LAUTAN
PELAUT 2 : MARI KITA TOLONG DIA.
PANEL 5.
VISUAL: LANTAS MEREKA PUN BERTERJUNAN KE DALAM AIR LAUT UNTUK MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA MANUSIA YANG SEDANG BERPAUTAN PADA SEPOTONG KAYU HANYUT

SEQUENTIAL PANELLING BAGI PANEL 5 DAN PANEL 6
PANEL 7
KUMPULAN YANG MENCARI MEGAT KEMBAR ALI DI DARAT PULANG HAMPA.
MS 15
MUKA SURAT INI MENGANDUNGI 6 PANEL
PANEL 1
VISUAL: KEDUA-DUA ANAK KAPAL YANG TERJUN KE DALAM LAUT BERJAYA MEMBAWA NAIK MANGSA KE ATAS KAPAL DENGAN ANAK-ANAK KAPAL LAIN.
PANEL 2
VISUAL:MANGSA DITIARAPKAN KE ATAS DEK KAPAL. KELIHATAN KESAN BASAH DAN TOMPOK-TOMPOK AIR DI ATAS LANTAI KAPAL. ANAK-ANAK KAPAL BERUSAHA MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA MANGSA.
PANEL 3
VISUAL: FOKUS PADA WAJAH ANAK-ANAK KAPAL YANG SEDANG MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA MANGSA.

VISUAL: MU’ALIM, SAUDAGAR KAPAL DARI TANAH ARAB KEMUDIANNYA MENGARAHKAN ANAK-ANAK KAPAL YANG LAIN MENERUSKAN KERJA-KERJA MEREKA.
PANEL 6
VISUAL: MU’ALIM ITU KEMUDIANNYA MEMINTA MEGAT KEMBAR ALI DI BAWA MASUK KE DALAM SEBUAH BILIK.
PANEL 7
VISUAL KAPAL SAUDAGAR ARAB ITU KEMUDIANNYA BELAYAR MENUJUKAN KE CANTON.
NOTA: PENGENALAN UNTUK KAREKTER MEGAT KEMBAR ALI, BAPA KEPADA MEGAT TERI ALAM.
(TAMAT EPISOD 1)

2 comments:
uhhh detailnyer skrip, hebat...saya belum dapat habis baca lagi.... tgh sebok beraya....nanti sambung baca lagi... best ni
tq indra qirana. entah dapat siap atau tidak, kat dalam usb dah ada beberapa episod lagi.. belum hendak letak.
Post a Comment